Sunday, September 18, 2016

Kuala Sepetang Eco Tourism

Kuala Sepetang merupakan kawasan agak terpencil di daerah Matang yang terkenal dengan makanan me udaang banjir.Saya mula menjadi seorang guide secara sambilan pada tahun 2010.Selepas mendapat lesen Nature Guide baru saya bergiat aktif dalam eco pelancongan ini.
Sepanjang saya menjadi guide di Kuala Sepetang ini saya amat terkejut dengan jumlah kehadiran pelancong yang meningkat dari tahun ketahun yang berikutnya.Baru-baru ini saya menghadiri mensyuarat pengusaha pelancongan bersama MPT,Eco pelancongan di sini mula mendapat perhatian PBT dan kemmenterian berkaitan,termasuk juga Jabatan Laut kerana pertambahan bot pelancong yang meningkat secara mendadak.
Saya juga terima statistik carta kehadiran pelancong ke sini dari tahun 2010 dari pihak Pelancongan MPT.
TAHUN 2010 16 000 PELANCONG BOT PELANCONG 3 BUAH
TAHUN 2013 22 000 PELANCONG BOT PELANCONG 10 BUAH
TAHUN 2014 46 000 PELANCONG BOT PELANCONG 20 BUAH

No comments:

Post a Comment