Monday, September 5, 2016

Fenomena Air Pasang Besar

Fenomena Air Pasang Besar terjadi pada 30 Ogos lalu. Sebahagian jalan di Kuala Sepetang dinaiki air. Ketika ini bulan mengambang paling hampir dengan bumi dan menjadikan air pasang pada paras maksimum dan kadang kala melepasi paras bund. Menurut orang lama kejadian ini akan berlaku 3 kali setiap tahun. Pernah terjadi kereta ku dimasuki air hingga selipar di tempat kaki pemandu terapung. Nasib baik start hidup dan terus bagi gear reverse.
Ini adalah masa yang terbaik untuk menangkul ketam dan mencari siput belitung (Siput Sedut) http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp…
Matang Kuala Sepetang Desa Pelancongan Warisan.

No comments:

Post a Comment