Friday, August 5, 2016

Majlis Ramah Mesra Penggiat Industri Pelancongan Taiping

Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dan Majlis Perbandaran Taiping (MPT) telah dengan jayanya mengadakan majlis besar-besaran ini di Hotel Taiping Perdana pada 2 Ogos 2016.

Majlis ini berjaya mengumpul lebih 150 peserta yang terdiri dari kumpulan hotel/resort, pemilik produk pelancongan, agensi-agensi kerajaan serta NGO, pemandu pelancong dan Travel Agent.

Menurut pemandu pelancong Khairul Salleh Ahmad majlis ini dapat memberi pendedahan kepada produk-produk pelancongan baru di Taiping seperti naik taraf kandang binatang di Zoo Taiping, Trong Leisure Farm, Kuala Sepetang Eco Tourism dan aktiviti all terrain vehicles (ATV). Selain itu beliau dapat meluaskan rangkaian perkhidmatan bersama dengan pihak hotel dan pemilik produk pelancongan. "Terdapat 9 orang pemandu pelancong berlesen di Taiping dan kami amat berharap agar pihak travel agent, pihak MPT dan hotel mendapatkan perkhidmatan kami untuk pelanggan mereka." kata beliau.
Pengarah Tourism Perak bergambar bersama  pemilik ATV dan pemandu pelancong


"Peningkatan kedatangan pelancong telah menyebabkan industri pelancongan berkembang pesat dengan adanya hotel-hotel baru di Taiping dan kawasan sekitarnya. Pemilik produk pula telah memberikan perkhidmatan baik dengan layanan dan penerangan kepada pelancong yang datang ke premis mereka. Ini sudah tentu meningkatkan jualan dan perkhidmatan yang disediakan." kata Hanim Ramly Ketua Pelancongan MPT.

Majlis yang turut disertai oleh pegawai dari Tourism Malaysia, Pejabat Kementerian Pelancongan dan Destination Perak juga didedahkan dengan tarikan pelancongan terbaru Perak iaitu Movie Animation Park Studios (MAPS) di Ipoh.
Kilang Arang Kayu Kuala Sepetang

Taman Tasik Taiping

Haji Ibrahim Seddiqi bin Talib Pengarah Tourism Malaysia berkata "Taiping adalah sebuah bandar warisan yang mempunyai tarikan alam semulajadi, warisan sejarah yang terawal di Malaysia, produk pelancongan yang sangat dekat antara satu sama lain dan makanan yang lazat. Datang sehari ke Taiping anda boleh pergi ke 4 atau 5 tempat lawatan. Bermalam di sini dan hirup udara segar dari banjaran gunung atau melihat kelip-kelip. Suasana pagi hari di Taman Tasik Taiping dengan kabus menyelubungi pepohon adalah permandangan dan klik gambar yang anda harus bawa pulang."


No comments:

Post a Comment