Saturday, June 13, 2015

Nelayan Udang Kuala Sepetang

Kuala Sepetang terkenal dengan mee udang, tapi tahukah anda bagaimana udang ditangkap. Nelayan udang Kuala Sepetang menggunakan bot kayu berenjin diesel. Sebenarnya enjin lori yang diubahsuai menjadi enjin bot. Seperti nelayan pantai di Melaka yang menangkap udang geragau, nelayan udang di Kuala Sepetang juga menggunakan dua batang buluh besar yang panjang.  Satu jaring dipasang pada kedua-dua batang buluh ini. Semasa menangkap udang bot akan menolak dua batang buluh panjang ini. Bagi memastikan sampah tidak masuk ke dalam jaring, hujung buluh dan jaring tidak menyentuh dasar laut. Biasanya nelayan udang akan keluar lewat petang, menjalankan kerja menangkap udang pada waktu malam dan balik sebelum subuh. Antara udang yang biasa terdapat di sini ialah udang kertas di selang-seli dengan udang rotan dan kalau bernasib baik dapat udang harimau.
Adalah menjadi bonos jika dapat menangkap ketam dan ikan kerana tangkapan ini menjadi milik nelayan itu dan dijual kepada peraih lain.





4 comments: