Vortex banner

Tuesday, May 19, 2015

Pijat Kuala Sepetang





https://hanyagerhana.files.wordpress.com/2008/04/dk1022-2.jpg?w=614Pernah digigit pijat?
Pijat ialah parasit yang menjadikan darah sebagai makanannya.

Pengalaman pertama saya digigit pijat ialah pada tahun 1983 di |Station Keretapi Ipoh. Pada ketika itu pengangkutan keretapi adalah sangat penting di Malaysia.

Saya ketika itu lepasan SPM dan mendapat tawaran menduduki ujian kelayakan masuk ke maktab perguruan. Malam itu saya mengambil pengangkutan keretapi dari Taiping ke Ipoh. Jarak perjalanan hanya 3 jam. Selebihnya saya perlu menghabiskan masa di station itu. Sepanjang malam itu juga saya berperang dengan pijat. Dari satu bangku saya berpindah ke satu bangku lain. Semuanya sudah ada penghuni tetap dan jika hendak berkongsi mereka mengenakan bayaran darah sebagai perkongsian.

Saya berjaya juga sampai ke pusat ujian kelayakan dengan bas lompat dan belumpun masa ujian tamat saya mengambil kesempatan menghilangkan mengantuk di meja ujian.

Pergilah ke mana-mana hentian awam dan anda akan dapat melihat dengan jelas kumpulan pijat sedang berehat di celah kayu atau rekahan batu. Pada malamnya mereka akan meronda dan mencari darah seadanya.

Kenapa pijat Kuala Sepetang? Ada ceritanya...............

1 comment: