Wednesday, January 14, 2015

Pakej Lawatan Ke Melaka Bandaraya Warisan

3 hari 2 Malam
Pakej ini meliputi penginapan 2 malam, makanan 6 kali dan lawatan ke 6 tempat yang terdapat di Melaka. (Bayaran bas ditentukan dari tempat bermula lawatan)

Di antara tempat menarik untuk dilawati ialah
ANTARA TEMPAT-TEMPAT PELANCONGAN YANG MENARIK DI MELAKA

DESTINASI PERCUTIAN YANG WAJIB DILAWATI.....

Menara Taming Sari, Melaka

Saksikan pelbagai pemandangan menarik dan bersejarah di Melaka daripada ketinggian 80 meter di Menara Taming Sari. Dengan pemandangan indah Selat Melaka yang luas terbentang serta pembangunan pesat di Melaka, yakinlah bahawa lawatan ini akan menjadi suatu pengalaman yang sukar dilupakan. Menara Taming Sari yang terletak di Jalan Merdeka, Banda Hilir, Melaka telah dibuka pada 18 April 2008. Menara tinjau setinggi 110 meter ini telah direkabentuk berdasarkan pada legenda Keris Taming Sari. Ia akan menjadi menara pertama di negara ini yang mempunyai struktur berputar sepenuhnya. Kabin tinjau yang dilengkapi penghawa dingin ini mampu memuatkan 66 pelawat pada satu masa.


Diskaun Ke River Cruise Melaka, Melaka
The Melaka River Cruise is a great way to see the sights of Melaka at a leisurely pace, in comfort and without breaking the bank. The Melaka River is where the town began and it has played a key role in Melaka's colourful history. Taking a river cruise is like seeing Melaka from the back door. A few decades ago the river was a stinking waterway lined with decaying houses on stilts and the untidy rear side of crumbling shophouses. In recent years it has had a major facelift. Yes, there has been a lot of new development but at the same time an effort has been made to preserve many of the historic buildings and bridges along the river. Even the newer buildings have been painted with colourful murals depicting different aspects of Malacca's rich history and culture.


Wildlife Theatre, Melaka
Wildlife Theatre Melaka presents for the first time anywhere… adorable sea lions, colorful soaring birds, fascinating reptiles and the mysterious tribes of tropical rainforest of Sarawak in a thrilling presentation of vibrant energy and spectacular display of dance, light, color and entertainment. Our lovable, intelligent South American Sea Lions dazzle with their energy and spirit as they charm you while they show off of a wide range of interesting, natural behaviors that will leave you in awe of these wonderful marine mammals. And just when you thought you were safely seated in your seats… Be Warned! Other mysterious wildlife friends of the slithery kind, like snakes and their reptile cousins … may just pop up, where you least expect them to! …Dog Tooth Cat Snakes, Mangrove Snakes, Burmese Pythons, Milk Snakes, King Snakes, Reticulated Pythons, Beaded Dragons and more... much more…


Beca Ride, Melaka
Cara yang terbaik untuk bersukaria dan menghayati bandar Melaka ialah dengan berjalan perlahan-lahan sambil duduk berehat. Walaubagaimanapun, sekiranya anda inginkan sedikit kelainan, anda boleh menyewa beca yang akan membawa anda melalui jalan-jalan dan lorong-lorong di pusat bandar bersejarah ini yang selalunya akan tertinggal sekiranya anda mengambil keputusan untuk berjalan sendiri. Beca ini boleh disewa mengikut jam ataupun mengikut jarak perjalanan dan ia berpengkalan di The Stadthuys. Kadar tambang yang biasanya dikenakan oleh pengusaha beca untuk perjalan pergi-balik dari The Stadthuys ke Kota A’Famosa adalah RM10 untuk sebuah beca.

Taman Botanikal, Melaka
Ditubuhkan pada 1 Jun 2006, ia tercetus daripada idea YAB Datuk Seri Hj Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka. Dahulunya Taman Botanikal terkenal sebagai Hutan Rekreasi Ayer Keroh yang mempunyai keluasan 92.5 hektar. Antara keistimewaan yang terdapat untuk pengunjung ialah : • Penyediaan kompleks tempat letak kereta • Pembangunan taman-taman bunga dan kemudahan-kemudahan lain untuk tatapan pengunjung. • Taman ini merupakan salah satu destinasi pelancongan yang menawarkan kedamaian dan ketenangan. • Kaya dengan pelbagai spesis tumbuhan. • Menawarkan pelbagai aktiviti untuk berekreasi dan beriadah sambil menikmati udara segar. • 300 spesis flora dan fauna. Taman - Taman • Taman Keladi • Taman Orkid • Taman Helicornia • Taman Buluh • Taman Herba

Kapal Selam Klebang, Melaka


Muzium Kapal Selam berada di lokasi yang telah tersohor di atas peta pelancongan negeri iaitu Dataran 1Malaysia, Pantai Klebang Melaka, pada ketika ini kawasan sempadan Muzium Kapal Selam dipagari dengan dinding "zinc". Kerja-kerja pembangunan infrastruktur dan dalaman nampaknya masih lagi pada tahap sedang dibangunkan. Sila tonton video berikutnya, untuk mendapat gambaran jelas dan tepat. WAKTU MUZIUM DIBUKA Muzium Kapal Selam dibuka setiap hari bermula dari 9.00 pagi hingga 6 petang. BAYARAN TIKET MASUK Seorang dewasa dikenakan bayaran RM1.00 dan kanak-kanak RM0.50 seorang. Harga bayaran itu tepat semasa artikel ini diterbitkan. Kapal Selam SMD Ouessant | Agosta 70 Kapal selam SMD Ouessant jenis Agosta 70 adalah buatan Perancis yang telah siap dibina pada 1979. Dimiliki oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan kemudiannya diserahkan kepada Kerajaan Negeri Melaka untuk dijadikan satu lagi mercu pelancongan di negeri ini.


Kolam Ayer Panas Gadek, Melaka


Kolam Air Panas Gadek terletak di bandar Alor Gajah, kira-kira 30km dari bandaraya Melaka. Ia merupakan satu destinasi pilihan untuk pengunjung dari dalam dan luar negara. Dipercayai kolam air panas ini telah ditemui oleh orang kampung di kawasan berkenaan apabila mereka mendapati ramai tentera British mendiami kawasan berhampiran kolam tersebut. Adalah dipercayai bahawa air dari kolam ini mempunyai kuasa menyembuh. Mereka yang mengidap penyakit kulit adalah disarankan berendam di dalam kolam air panas ini. Dengan adanya kemudahan lain seperti sebuah restoran dan padang permainan kanak-kanak dan sebagainya, Kolam Air Panas Gadek adalah tempat yang sesuai untuk keluarga, samada untuk berekreasi atau untuk mengubati penyakit kulit dan sebagainya. Bayaran Masuk: Dewasa : RM2.00 Kanak-kanak : RM1.00 Waktu Operasi: Setiap Hari : 7.00 pagi - 9.00 malam.


Zoo Melaka


Zoo Melaka yang terletak di Ayer Keroh, adalah salah satu tempat tarikan utama pengunjung berikutan kedudukannya yang strategik, iaitu di Lebuh Ayer Keroh, jalan utama yang menghubungkan Melaka dengan Lebuhraya Utara-Selatan. Zoo Melaka adalah zoo yang kedua terbesar di Malaysia dan ianya menjadi kediaman pelbagai spesies binatang yang diancam kepupusan. Selain dari menyaksikan berbegai spesis hidupan liar, pengunjung juga boleh menikmati keseronokan berinteraksi bersama gajah dan menunggang kuda, yang mana sering menjadi kegemaran pengunjung ke Zoo Melaka. Tarikan utama spesis hidupan liar yang terdapat di Zoo Melaka ialah seperti Seladang, Harimau Belang, Tapir, Gajah dan sebagainya. Sejajar dengan konsep pembangunan zoo, Zoo Melaka telah mengamalkan konsep terbuka dan mengekalkan persekitaran semula jadi yang hijau. Untuk mencapai matlamatnya, empat fungsi utama Zoo Melaka adalah Pembiakan Dalam Kurungan (Konservasi), Penyelidikan, Pendidikan dan Rekreasi. Di antara Program/Aktiviti Pendidikan Zoo Melaka adalah:- 1. Program "Learn & Fun": untuk kanak-kanak Tadika bersama-sama "guide tour" Zoo Melaka 2. "Roadshow", Pameran & Ceramah ke Sekolah-sekolah/ IPTA/IPTS atas jemputan 3. "Green Heart" (Gotong-royong) 4. "Treasure Hunt" Zoo Melaka 5. Program "Enrichment" (pengkayaan): "Food & Furniture" Aktiviti dan Bayaran Masuk Masa lawatan Zoo Siang 9.00 pagi – 6.00 petang setiap hari Kategori Harga *Harga Pakej Dewasa ( 13 Tahun dan Ke atas) RM 10.00 RM 8.00 Kanak-kanak ( 5 Tahun hingga 12 Tahun) RM 4.00 RM 2.00 Pelajar Sekolah Menengah (Tingkatan 1-6) RM 5.00 - Warga Emas RM 4.00 - Membawa Video Kamera RM 10.00 - *Harga Pakej: Permohonan melalui surat sahaja secara kumpulan 20 orang ke atas. Harga Trem ( Bayaran di stesen Trem) Kategori Harga Dewasa RM 3.00 Kanak-kanak RM 2.00 Aktiviti 1. Persembahan Haiwan (Multi-animal Show): Isnin - Khamis (11 pagi & 2 petang) Sabtu , Ahad, Cuti Sekolah dan Cuti umum ( 10 pagi - 11 pagi) & (2 petang - 3 petang)


Tasik Ayer Keroh, Melaka


Tasik Ayer Keroh yang terletak berhampiran Zoo Melaka dan Dataran Sejarah, adalah satu destinasi yang sesuai untuk aktiviti air seperti mendayung dan berkayak. Ianya dilengkapi pelbagai kemudahan asas untuk membolehkan pengunjung menikmati keindahan alam semulajadi di samping menjadi tempat sesuai untuk bersantai. Tasik Ayer Keroh adalah merupakan satu destinasi kegemaran ramai pada hujung minggu atau cuti umum dan ini terbukti dengan kehadiran orang ramai. Taman Tasik Ayer Keroh sememangnya satu lokasi untuk berehat yang cukup sesuai, samada untuk keluarga atau bersama kawan.


Jonker Street, Melaka


Destinasi yang mesti dilawati oleh penggemar barangan antik dan pembeli yang mahukan barangan pada harga berpatutan. Bahan artifak dan peninggalan sejarah yang berusia lebih 300 tahun boleh ditemui di sini di antara pelbagai jenis barangan lama yang setiap satu mempunyai sejarah dan kisahnya yang tersendiri. Jalan Hang Jebat yang dahulunya dikenali sebagai Jonker Street amat popular di kalangan pengumpul barangan antik sebagai salah satu tempat utama untuk mendapatkan barangan antik pada harga yang berpatutan. Beberapa buah kafe dan kedai kraf telah dibuka di sini lalu memberikan kawasan ini keunikan suasana 'yang lama-bertemu yang baru'.


Planetarium, Melaka


Keunikan dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan apabila menjejak kaki di Planetarium Melaka bernilai RM20 juta yang terletak berhampiran Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh. Itulah pandangan pertama setiap pengunjung yang datang menyaksikan setiap pameran kerana mereka merasakan seolah-olah berada di satu alam yang menakjubkan. Alam yang dimaksudkan adalah dunia aeroangkasa dan astronomi yang sememangnya menjadi tarikan utama dunia pada masa kini. Bangunan yang tersergam indah di tengah-tengah pusingan bulatan MITC mencatat sejarah kerana tidak ada lagi bangunan yang didirikan di atas bulatan jalan raya. Planetarium Melaka yang didirikan di tapak seluas 0.7 hektar itu menelan belanja berjumlah RM20 juta menjadikan bangunan ini sebagai planetarium tercanggih di Malaysia malah terbesar di Asia. Saiz kubahnya 15 meter berbanding sembilan meter di Al-Khawarizmi dan lain-lain pusat sains yang terdapat di seluruh Malaysia. Jika sebelum ini, pengalaman meneroka dunia sains angkasa boleh disaksikan di Al-Khawarizmi tetapi kini pengunjung boleh meluaskan lagi pengalaman dengan merasai Teater Angkasa yang menampung kapasiti 200 tempat duduk. Tayangan selama 40 minit ini membawa pengunjung menikmati gabungan elemen audiovisual menggunakan peralatan canggih bernilai RM5 juta sudah pasti menjanjikan satu pengalaman yang cukup menyeronokkan. Bangunan tiga tingkat ini menjanjikan pengalaman yang penuh dengan pameran pendidikan astronomi dan sains aeroangkasa selain teater angkasa yang ditempatkan di tingkat atas. Planetarium ini mempunyai empat seksyen, antaranya, astronomi, angkasa lepas, simulasi dan fizik. Reka letak bahan pameran, foto yang menghiasi dinding dan susun atur beberapa objek angkasa jelas menjadikan Planetarium Melaka sebagai Science Adventure Centre ' satu lokasi yang mesti dilawati bagi memberi peluang pengunjung untuk menerokai dunia aeroangkasa. Antara keunikan yang boleh disaksikan di sini adalah model kapal angkasa Challenger yang dilancarkan ke angkasa lepas oleh Amerika Syarikat pada tahun 1983 hingga mengorbankan semua tujuh orang angkasawan. Simulator model kapal angkasa ini hanya terdapat di Planetarium Melaka selain teleskop loyang halus tradisonal abad ke-18 serta jam matahari kuadran khatulistiwa antara bahan pameran yang terdapat di sini. Rata-rata pengunjung yang hadir melahirkan rasa puas hati dan kagum apabila menjejak kan kaki mereka ke salah satu planetarium yang terbesar di rantau ini.


Masjid Kampung Keling, Melaka


Istimewanya Kampung Keling ini ialah masjid, tokong dan kuil terletak bersebelahan antara satu sama yang lain


Kota A'Famosa, Melaka


 
A' Famosa


Hard Rock Cafe Melaka


Terletak di Jonker Street


Masjid Selat, Melaka

Muzium Baba Dan Nyonya, Melaka

Balai Seni Lukis Melaka

Ikan Bakar Terapung, Melaka

Medan Ikan bakar sekarang amat terkenal di Melaka bagi penduduk tempatan dan jug pelancung yang datang bagi menikmati keindahan Negeri Melaka.. oleh kerana keadaan permintaan yang luar jangkaan terutama di Kg Umbai yang secara tradisionalnya juga terkenal bagi pelancung pergi ke Pulau Besar bagi berkelah meniki bot dari jeti Umbai.. Kerajaan Melaka telah mendirikan Medan Ikan bakar terapung baru di Kg. Umbai.. "Medan Ikan Bakar terapung Umbai Baru" bagi memenuhi permintaan serta memberikan cara baru yang lebih kemas bagi menikmati hidangan ikan bakar disana...dan yang lebih terkenal juga "Nasi Lemaknya" yang menjadi menu utama bagi menikmati hidangan ikan bakar di Umbai..

7 comments:

  1. salam 1Malaysia,
    Tumpang tnya, harga pakej untuk pelajar sekolah dari kluang RM berapa?
    Terima kasih

    ReplyDelete
  2. salam...harga pakej pelajar sekolah dari bagan datoh berapa RM..?

    ReplyDelete
  3. salam...harga pakej pelajar sekolah dari bagan datoh berapa RM..?

    ReplyDelete
  4. Salam. Harga pakej pelajar sekolah dari kampung gajah berapa ?

    ReplyDelete
  5. Kita boleh dapatkan senarai homestay di kawasan Klebang yang murah di Melaka berhampiran lokasi pelancongan di Bandar Hilir dan Klebang sila lawati;
    http://www.homestaymelaka.com.my atau http://homestaymelaka.worldheritage.com.my

    Begitu juga bagi INDAH Kembara Apartment & Hostel Klebang merupakan penginapan apartment dan hostel murah untuk rombongan di kawasan Klebang dan Bandar Hilir, Melaka boleh lawati http://www.indahkembara.com

    ReplyDelete
  6. Hi, Boleh saya tahu pakej untuk 40 murid & 6 orang guru dari shah alam ( 3 hari 2 malam).

    Pn Suguna

    ReplyDelete
  7. PAKEJ PENGINAPAN DAN LAWATAN PALING MURAH KE MELAKA BAGI PELAJAR/STUDENT SEKOLAH/KOLEJ/UNIVERSITI

    Kami menyediakan pakej lawatan pelajar ke Melaka dengan pakej lawatan yang sangat menarik

    Penginapan asrama dan apartment akan disediakan INDAH Kembara Apartment & Hostel, Klebang Melaka akan kami sediakan.

    Sila lawati http://www.indahkembara.com/

    Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi kami:
    INDAH Kembara Apartment & Hostel Melaka;
    (diuruskan oleh World Heritage Management)
    No. 46, Jalan LJ 1, Taman Limbongan Jaya,
    75250 Limbongan, Melaka

    HOTLINE:
    Ms Hana 013-2987378

    anda juga bole menghantar mesej melalui SMS , WhatsApp

    Email:
    sales@worldheritage.com.my
    melakatour@gmail.com

    Laman web kami:
    http://www.indahkembara.com
    http://www.homestaymelaka.com.my
    http://homestaymelaka.worldheritage.com.my
    http://www.worldheritage.com.my
    http://www.hotelmelaka.com.my

    ReplyDelete