Saturday, January 3, 2015

Memancing di Kelong Pelancongan Ah Pin

Dapat call dari Mr MK untuk trip memancing Kuala Sepetang
Terus mencadangkan memancing di Sangkar Ikan Pelancongan Ah Pin.
Aku suka tempat ini kerana di sini tidak ada anjing pengawal keselamatan.
Jadi ikan-ikan yang dipelihara di sini bebas dari najis anjing.
Oleh kerana air tidak cantik kerana bulan purnama maka hasil memancing amat kurang baik. Namun para pemancing tidak perlu risau kerana dengan berumpankan RM anda boleh memilih hasil pancingan anda.
En MK pulang dengan setong ikan dengan umpan RM200. Dua ekor kerapu lenga, seekor siakap putih 2.2kg, seekor siakap merah, sembilang 1.7kg.
Tentu isteri, anak-anak dan keluarga Mr MK senyum lebar menyambut kepulangan mereka.



No comments:

Post a Comment