Sunday, October 26, 2014

Kuala Sangga, Kuala Sepetang, Perak

Keadaan Damai Sebuah Perkampungan Nelayan Terpencil
Untuk sampai ke Kuala Sangga anda perlu menaiki bot dari Kuala Sepetang. Dalam perjalanan lebih kurang 30 minit anda dapat melihat permandangan indah perkampungan nelayan, kawasan hutan paya laut yang penuh dengan pokok bakau dan bot-bot nelayan berselang seli dengan bot kayu bakau serta sampan kecil nelayan yang bekerja menangkul ketam.
Mengenai kehidupan haiwan pula inilah syurga bagi mereka, kelihatan kawanan burung camar, helang dan bangau samaada berterbangan dan bertenggek di pokok bakau.
Pengusaha ikan sangkar semuanya mempunyai pegawai keselamatan yang menjaga ikan dari dicuri oleh memerang dan ikan lumba-lumba. Mereka ialah kawanan anjing yang garang dan menyalak kuat apabila bot menghampiri sangkar ikan.
Di Kuala Sangga tiada jalan darat, bekalan air bersih dan elektrik.
Rumah-rumah kayu lama dan usang sudah banyak yang telah ditinggalkan.
Anggaran 25 keluarga saja yang mendiami perkampungan ini walaupun ada sejumlah 40 rumah kesemuanya.
Pelancong saya dari Melaka membelanjakan sejumlah wang yang besar kepada industri
 Kebiasaannya pelancong akan dibawa berjalan menerusi laluan konkrit yang disediakan, mereka dapat menyaksikan sendiri secara dekat kehidupan dan kepayahan nelayan di sini. Mereka mengumpul air hujan dari cucur atap untuk kegunaan harian.

JOM Kuala Sangga
Tiada apa yang hendak ditakutkan di sini. Sungguhpun suatu ketika dulu terdengar cerita yang tidak menyenangkan seperti mafia dan lanun,
kini
penduduk Kuala Sangga mengambil kesempatan dengan kehadiran pelancong dengan menawarkan harga hasil laut yang lebih murah dan segar dari yang dijual di Kuala Sepetang sendiri, satu tektik yang dilakukan ialah dengan memberi pengunjung merasa udang kering yang dihasilkan. Kurang masih dan masih segar.
Lihatlah duit yang dipegangnya. GOOD Business 

No comments:

Post a Comment