Pelancongan Kuala Sepetang amat rancak ketika ini dengan pelbagai tarikan pelancongan semula jadi seperti perkampungan nelayan, hutan bakau, paya laut, ikan lumba-lumba, burung-burung, helang dan kelip-kelip. Industri kilang arang, udang kering, ternakan ikan dan kerang juga menambah impak kepada pelancongan di Kuala Sepetang.
Sebagai satu tempat pelancongan eko Kuala Sepetang bakal menjadi satu tarikan pelancongan utama di Taiping. Sebagai sebuah agensi yang bertanggungjawab kepada pembangunan setempat MPT sepatutnya dilihat sebagai peneraju kepada pembangunan sektor pelancongan di Kuala Sepetang.
Justeru seluruh warga Kuala Sepetang mahu tahu apakah plan tindakan pelancongan yang akan dikemukakan kepada Kuala Sepetang.
Jika MPT nak bantu di sini disenaraikan beberapa cadangan.
1. Buat Jeti baru yang lebih selamat dan selesa.
2. Buat papan tanda pelancongan Kuala Sepetang.
3. Membina pusat informasi pelancongan.
4. Mengkaji semula sistem pembuangan sampah.
5. Mengkaji semula sistem jalanraya dan parking.
Pengusaha bot pula mesti
1. Mengikut pengiliran ambil penumpang
2. Tidak dibenarkan mengikat bot pada jeti yang menyukarkan kerja mengambil dan menurunkan penumpang.
3. Mengamalkan etika pengendali pelancongan yang baik.
longchamp outlet store
ReplyDeletelouis vuitton outlet online
polo ralph lauren pas cher
birkenstock outlet store
birkenstocks
discount oakley sunglasses
nike outlet store online
ralph lauren
oakley vault
true religion jeans outlet
20170622haiying