Tuesday, February 25, 2014

Pusat Penerangan Pelancongan Kuala Sepetang


Pusat Penerangan Pelancongan Kuala Sepetang
Adalah dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Kuala Sepetang menerima kedatangan banyak pengunjung terutamanya semasa cuti umum, hujung minggu dan semasa cuti persekolahan. Pekan kecil perkampungan nelayan ini menjadi terkenal dengan adanya restoran makanan laut dan restoran mee udang yang mula popular selepas pilihanraya kecil tahun 2008. Di samping itu juga terdapat Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang, perkampungan nelayan, kilang arang kayu, aktiviti mencuci kerang, industri kecil udang kering, ikan masin, belacan dan aktiviti eko pelancongan yang sedang pesat menerima kunjungan pelancong.
3. Kuala Sepetang Eco Track menjalankan aktiviti Kesedaran Alam Sekitar memohon satu tapak untuk menempatkan Pusat Penerangan Pelancongan Kuala Sepetang. Pusat ini nanti akan berperanan sebagai pusat sehenti bagi memberi maklumat mengenai semua tempat lawatan, restoran, hotel, bangunan sejarah kegiatan sosial dan ekonomi Kuala Sepetang khasnya dan di Taiping amnya. Tapak yang dikenalpasti ialah bersebelahan dengan perhentian bas berhampiran jeti awam Kuala Sepetang. Sebuah kabin akan diletakkan sebagai pusat penerangan.
4. Pihak kami akan menguruskan pusat ini dan akan mengadakan pameran, penerangan dan pertunjukkan slaid tentang aktiviti di Kuala Sepetang kepada semua pengunjung yang melawat pusat ini.
5. Pihak kami juga akan menambahkan keceriaan persekitaran dengan menjaga kebersihan dan mengindahkan lanskap.
6. Sesungguhnya kami faham bahawa ini hanyalah penempatan sementara dan tidak kekal serta akan patuh akan arahan dari pihak berkuasa tempatan.
Kerjasama dan tindakan tuan terhadap permohonan ini terlebih dahulu kami ucapkan terima kasih.
Yang menjalankan tugas,
Khairul Salleh bin Ahmad.

No comments:

Post a Comment