Saturday, February 22, 2014

Kuala Sepetang- My Wish List

Kuala Sepetang


 menyaksikan kehadiran jumlah pelancong yang sangat mendadak dengan wujudnya hidangan mee udang dan seafood yang lazat bermula dari Pilihanraya Kecil 2008 di mana seluruh jentera parti politik berkampung di Kuala Sepetang. Setelah semua pekerja parti pulang ke tempat masing-masing, cerita keenakkan mee udang telah disampaikan dari mulut ke mulut. 
KINI setiap kali cuti sekolah atau cuti umum kehadiran pelancong akan meningkat dan Kuala Sepetang menyediakan aktiviti sepetang yang sangat santai dan menyeronokkan. Justeru Kuala Sepetang amat memerlukan bantuan kerajaan dalam membangunkan infrastruktur pelancongan.
Keunikan
1. Hutan Paya Laut Matang 40,000 hektar
2. Kilang Arang Kayu
3. Perkampungan Nelayan
4. Makanan Laut (Mee Udang & Seafood)
5. Gudang Keretapi Lama 1882
6. Eko Pelancongan.
My Wish List.
Jangka Pendek.
1. Papan tanda aktiviti pelancongan di Kuala Sepetang.
2. Mempromosi Eko Pelancongan Kuala Sepetang.
3. Melatih semua pengusaha pelancongan ke arah perkhidmatan terbaik dan kebersihan permis.
Jangka Panjang
4. Membina sebuah Pusat Informasi Pelancong, Jeti baru, Pusat Kraf Tangan dan Restoran di jeti awam Kuala Sepetang. Reka bentuk bangunan sama dengan di Gunung Lang.
5. Mewujudkan homestay agar program Kementerian Pelancongan dapat dikongsi oleh pengusahanya.
6. Membaik pulih gudang keretapi lama yang masih ada agar menjadi satu tarikan pelancongan.
7. Pengurusan pro mengambil alih Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut agar dapat  ditadbir dengan lebih professional.
Ketika ini Jabatan Perhutanan yang menguruskannya dan ini tersasar dari matlamat utama mereka iaitu untuk menjadi sebuah agensi terunggul dalam pengurusan hutan tropika secara berkekalan dan untuk mengurus dan membangunkan sumber hutan secara berkekalan serta mengoptimumkan sumbangannya kepada pembangunan sosio-ekonomi negara.

No comments:

Post a Comment