Tuesday, December 10, 2013

Selamat Datang Tahun Melawat malaysia 2014

Saya menyumbang sedikit saja usaha ke arah pembangunan pelancongan Taiping. Ramai lagi yang telah memberikan sumbangan mereka. Atas kepimpinan MPT banyak penduduk Taiping menikmati limpahan industri pelancongan.

Bahagian Pelancongan dalam pertemuan dengan wakil kami menyasarkan kehadiran 4,000 pengunjung Zoo Taiping dan Night Safari bagi membolehkan kami menerima potongan harga 40%. Sekarang hanya menerima 30%.
Sebelum pertemuan tersebut semua surat permohonan potongan 50% saya mohon dengan menggunakan letterhead organisasi yang kami uruskan.
Sekarang kami bekerja dengan syarikat Waja Kembara Travel & Tours dan semua rekod permohonan kami melalui surat ada dalam simpanan pihak zoo.
Saya ingin memohon bantuan tuan/puan agar dapat menyakinkan Bahagian Pelancongan dan Yang DiPertua akan potensi syarikat kami dan memberikan potongan 50% tiket Zoo Taiping dan Night Safari. Kami akan mengambil 20% dan pelanggan akan mendapat potongan 30%.
Bagi tahun VMY2014 kami mensasarkan kehadiran 10,000 pengunjung dan pakej yang kami tawarkan kebanyakkannya dari Taiping dan Kuala Sepetang tetapi akan meliputi juga semua tempat pelancongan lain di Perak.

Syarikat kami juga ingin memohon tempat untuk beroperasi, dan buat sementara akan beroperasi di perhentian bas. (lampiran gambar DSC04295).
Terdapat banyak tanah kerajaan di Kuala Sepetang dan saya memohon lesen menduduki sementara tanah milik Kastam, Permit Penggunaan Tanah Hutan Simpan atau Perbadanan Aset Keretapi. Perkara ini saya tidak pandai dan mohon bantuan Tuan/Puan, Jabatan Perhutanan Perak dan Pejabat Tanah. Saya juga akan memohon dari YB Pelancongan, SUK dan kerajaan negeri tetapi akan melalui pihak tuan terlebih dahulu.

Saya sedang menyediakan Pakej Lawatan Pendidikan 2014 dan memohon Bahagian Pelancongan untuk memasukkan pakej kami dalam sebarang pameran yang disertai oleh MPT/Zoo. (Lampiran daytrip.doc)

Sekian, terima kasih.
Semoga dapat minum bersama lagi. Insyallah.

Saya menyumbang sedikit saja usaha ke arah pembangunan pelancongan Taiping. Ramai lagi yang telah memberikan sumbangan mereka. Atas kepimpinan MPT banyak penduduk Taiping menikmati limpahan industri pelancongan.

Bahagian Pelancongan dalam pertemuan dengan wakil kami menyasarkan kehadiran 4,000 pengunjung Zoo Taiping & Night Safari bagi membolehkan kami menerima potongan harga 40%. Sekarang hanya menerima 30%. 
Sebelum pertemuan tersebut semua surat permohonan potongan 50% saya mohon dengan menggunakan letterhead organisasi yang kami uruskan.
Sekarang kami bekerja dengan syarikat Waja Kembara Travel & Tours dan semua rekod permohonan kami melalui surat ada dalam simpanan pihak zoo.
Saya ingin memohon bantuan tuan/puan agar dapat menyakinkan Bahagian Pelancongan dan Yang DiPertua akan potensi syarikat kami dan memberikan potongan 50% tiket Zoo Taiping & Night Safari. Kami akan mengambil 20% dan pelanggan akan mendapat potongan 30%. 
Bagi tahun VMY2014 kami mensasarkan kehadiran 10,000 pengunjung dan pakej yang kami tawarkan kebanyakkannya dari Taiping dan Kuala Sepetang tetapi akan meliputi juga semua tempat pelancongan lain di Perak.

Syarikat kami juga ingin memohon tempat untuk beroperasi, dan buat sementara akan beroperasi di perhentian bas. (lampiran gambar DSC04295). 
Terdapat banyak tanah kerajaan di Kuala Sepetang dan saya memohon lesen menduduki sementara tanah milik Kastam, Permit Penggunaan Tanah Hutan Simpan atau Perbadanan Aset Keretapi. Perkara ini saya tidak pandai dan mohon bantuan Tuan/Puan, Jabatan Perhutanan Perak dan Pejabat Tanah. Saya juga akan memohon dari YB Pelancongan, SUK dan kerajaan negeri tetapi akan melalui pihak tuan terlebih dahulu.

Saya sedang menyediakan Pakej Lawatan Pendidikan 2014 dan memohon Bahagian Pelancongan untuk memasukkan pakej kami dalam sebarang pameran yang disertai oleh MPT/Zoo. (Lampiran daytrip.doc)

Sekian, terima kasih.
Semoga dapat minum bersama lagi. Insyallah.

No comments:

Post a Comment