WARTAWAN SINAR HARIAN
KERAJAAN Negeri telah meluluskan pewartaan kawasan berstatus tanah kerajaan kepada Hutan Simpanan Kekal (HSK) seluas 152.98 hektar sebagai Hutan Simpan Kelip-kelip.
Exco Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, kawasan di sepanjang Sungai Sepetang Mukim Jebong Daerah Larut Matang dan Mukim Selinsing Daerah Kerian itu telah diluluskan pada 13 November 2013.
“Kerajaan Negeri melalui Perak Tourism juga telah pun mengeluarkan peruntukan untuk kerja-kerja pewartaan yang sedang dijalankan.
“Kawasan tanah kerajaan yang mempunyai pokok berembang dan telah diwartakan sebagai HSK akan diurus dan dipantau oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perak bagi memastikan pokok ini berkekalan dan mendapat perhatian spesies kelip-kelip,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab Chua Yee Ling (PKR-Kuala Sepetang) ketika sesi perbahasan yang bertanyakan status pewartaan kawasan kelip-kelip di Kampung Dew sebagai kawasan perlindungan.
Nolee berkata, untuk mengatasi masalah kelip-kelip yang berkurangan, Kerajaan Negeri telah mengambil beberapa langkah melalui jabatan yang bertanggungjawab bagi menangani masalah berkenaan.
“Kita ambil pendekatan dengan menanam lebih banyak pokok berembang dan pada bulan Julai yang lalu, kita bersama pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah pun menambahkan sejumlah 200 pokok berembang.
“Selain itu juga untuk memastikan kebersihan alam semula jadi dan ekosistem serta habitat semula jadi kelip-kelip ini terus kekal terpelihara malah kita nak pastikan kawasan daratan yang terletak 30 hingga 90 meter dari tepi sungai tidak diusik dengan pembangunan bagi mengelakkan spesies ini diancam kepupusan,” katanya.
Katanya, selain itu juga Kerajaan Negeri akan meneruskan bengkel kesedaran kepada penduduk Kampung Dew dan kampung-kampung berdekatan bagi tujuan untuk pengurusan lestari alam sekitar serta pembabitan masyarakat tempatan di dalam aktiviti eko-pelancongan.

Red Bottom for Women
ReplyDeletePandora Jewelry Official Site
Jordan 4
Pandora Jewelry
Pandora Outlet
Jordan Retro 9
Red Bottom for Women
Jordans 11
Jordan 4 Retro
Nicole20180915