Masa : 10.00 pm
Pagi ini saya bersama anak-anak membuat aktiviti berjalan santai di Taman Tasik. Dari banyak burung yang setia menanti kunjungan kami, kali ini kami bertemu muka dengan kumpulan 12 ekor lotong (dusky leaf monkey). Selalunya kelibat mereka hanya dari kejauhan dan di atas pokok yang tinggi sahaja.

Inilah keistimewaan Taman Tasik Taiping dan binatang-binatangnya. Mereka sudah terbiasa dengan kehadiran orang ramai dan jika tidak menunjukkan sikap mengancam maka mereka anggap kita sebagai rakan mereka. Anak-anak lotong dengan yakin melompat dari satu dahan ke satu dahan tanpa rasa takut.
No comments:
Post a Comment