Inilah Ucapan selamat datang kepada pengunjung Kolam Burmese. Kesalahan boleh dikenakan kepada pengunjung, peniaga, monyet dan tong sampah yang terdedah. |
Kawasan Bukit Larut dan kolam burmese adalah 2 tempat tumpuan utama pelancong selain Taman Tasik Taiping.
Kehadiran monyet di kawasan kaki Bukit Larut dan Kolam Burmese sememangnya membawa masalah dalam aktiviti pengumpulan sampah oleh MPT. Saya amat berterima kasih kepada MPT yang sentiasa peka terhadap setiap teguran yang diberikan.
Saya ada satu cadangan lagi yang memerlukan daya usaha MPT, para peniaga dan penduduk yang terlibat demi memartabatkan industri pelancongan dan membawa lebih manfaat kepada seluruh penduduk Taiping. MPT, Penduduk dan peniaga perlu menyatakan komitmen untuk tujuan ini.
1. Pihak MPT mesti mencipta tong sampah anti monyet.
2. Peniaga dan penduduk mesti menggunakan tong sampah dengan betul.
3. Pengunjung yang datang berkelah di kolam burmese perlu dikenakan bayaran RM1. Bayaran akan dipulangkan sekiranya mereka membawa pulang atau membuang sampah dalam tong yang disediakan.
Ada Gotong Royong kat Burmmese Pool pada Sabtu 21 Disember, 2013. Mai join kami pukul 8 pagi diBurmese Pool. Ajak kawan2. Jumpa nanti.
Sebagai pecinta alam saya amat mengalu-alukan aktiviti yang menjurus ke arah kesejahteraan alam. Pendidikan kesedaran alam juga perlu diterapkan kepada semua agar ianya diamalkan dan masalah sama tidak berulang. Penguatkuasaan perlu dijalankan dengan tujuan mendidik. Dari denda RM500 jadikan kompaun yang tidak begitu menekan, tetapi perlu dijalankan dengan cekap.
No comments:
Post a Comment