Tuesday, July 2, 2013

DESTINASI CUTI-CUTI 1 MALAYSIA

Khairul Salleh
Pengarah
Kuala Sepetang Eco Track
Lot 7262, Jalan Sg Ranting Hilir,
Kamunting Baru Tambahan,
34600 KAMUNTING,
Perak Darul Ridzuan.

Tuan,

PER: PROGRAM ‘DESTINASI CUTI-CUTI 1 MALAYSIA’ TERBITAN KEMENTERIAN PELANCONGAN MALAYSIA DENGAN KERJASAMA TV AL-HIJRAH

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Kementerian Pelancongan Malaysia dengan kerjasama TV Al-Hijrah akan menerbitkan sebuah program kembara untuk musim kedua yang memfokuskan kepada “eco-tourism, adventure and nature” sebagai destinasi utama dengan meneroka ke destinasi-destinasi hijau, menikmati keindahan alam semulajadi, kehijauan dan kecintaan kepada alam
.
3. Di samping itu ia turut memaparkan tempat-tempat pelancongan bercirikan Islam seperti masjid-masjid dan juga monumen-monumen sejarah berkaitan Islam. Program ini juga tidak ketinggalan memaparkan tempat-tempat makan yang terkenal, unik dan lazat yang boleh dijadikan panduan kepada pelancong-pelancong tempatan mahupun luar. Selain itu, ia juga boleh dijadikan sebagai asas untuk mempromosikan program Tahun Melawat Malaysia 2014 yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pelancongan Malaysia.

4. Untuk makluman Puan, destinasi yang dicadangkan di Perak adalah menikmati pengalaman percutian keluarga . Sehubungan dengan ini, pihak TV Al-Hijrah memohon kerjasama dan tajaan daripada pihak Kuala Gula Sanctuary Resort yang merangkumi tempat penginapan, pemandu pelancong, serta aktiviti dan lain-lain yang berkaitan. Maklumat penggambaran adalah seperti berikut:

Tarikh Pengambaran : 3 dan 4 Julai 2013 (Rabu-Khamis)
Tempoh Penginapan : Tarikh Masuk – 3/7/2013 , Tarikh Keluar – 5/7/2013
Bilangan Krew : 10 Orang (Krew + Host + Artis Jemputan )
Bilangan Bilik : 4 bilik
Aktiviti: Memancing , Bird Watching , River Cruise, Menangkap Kerang dan lain yang berkaitan (mohon cadangan daripada pihak Tuan)


5. Sebagai pulangan pihak kami akan memberi promosi kepada Kuala Sepetang Eco Tourism  seperti berikut :

1. Temuramah dengan wakil penaja
2. Establish visual/ skrip tentang hotel/pakej di dalam program
3. Host mention
4. Paparan Logo di akhir rancangan
6. Pihak kami amat berharap mendapat sokongan tajaan daripada pihak tuan dalam melancarkan perjalanan pengambaran ini. Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Farah Wahidah Shol Hadli (Penolong Penerbit) di talian 01423011

7. Di atas kerjasama dan perhatian pihak puan, kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,
TV AL-HIJRAH

………………………………….
NOOR HARLIDA ABU BAKAR

Penerbit Kanan

No comments:

Post a Comment