Terima kasih kerana membalas dengan segera.
KSET juga telah didaftarkan dengan SSM dengan ID Kuala Sepetang Eco Track (K-SET) IP0373243-P.
Menjalankan
perniagaan Program Kesedaran Alam, Komisyen Am, Penginapan, Penyediaan Makanan
dan lain-lain.
Oleh kerana masih baru dan kekurangan modal
kami masih belum memohon kelulusan Kementerian Pelancongan. Usaha ke arah itu
sedang giat dijalankan dan matlamat kami mencapainya pada tahun 2015.
Pihak kami
tiada masalah menggugurkan penggunaan logo KSET sekiranya pihak MPT
membenarkan penggunaan logo MPT serta menyelia program yang dijalankan.
Ahli kami juga sudah mempunyai bot berdaftar,
Lesen Jurumudi Domestik Terhad dan Green Badge Nature Guide
Kami telah memasukkan program pelancongan
yang terdapat di Taiping, Lenggong, Kuala Kangsar, Kuala Sepetang dan Bukit
Merah dalam nota kepada para pelanggan dan pada masa hadapan telah mendapat
tempahan berdeposit 3 lagi program mendaki Bukit Larut & Gunung Hijau.
Terima kasih untuk email ini dengan penjelasan yang telah diberikan. Apa yang dapat dirumuskan ialah program ini dianjurkan oleh sebuah syarikat iaitu Kuala Sepetang Eco Track (K – SET) yang telah didaftarkan dengan SSM dan melaksanakan aktiviti yang dibenarkan mengikut pendaftaran ini. Ia masih belum mendapat kelulusan Kementerian Pelancongan, yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti pelancongan dan sedang dalam proses memperolehinya. Pihak kami tiada halangan terhadap pihak tuan melaksanakan apa-apa aktiviti seperti yang disebut selagi ia tidak bercanggah dengan atau melanggar apa-apa perundangan yang sedia ada. Buat masa ini logo MPT tidak boleh digunakan kerana ini adalah program anjuran pihak syarikat sendiri. Walaubagaimanapun di masa hadapan, perkara ini boleh dipertimbangkan setelah kesemua kelulusan diperolehi . Kertas kerja cadangan perlu diajukan untuk dipertimbangkan dan diluluskan oleh pihak Majlis.

Bahagian Pelesenan Pelancongan
FUNGSI- Mengkaji dan menggubal dasar-dasar pelesenan berkaitan perusahaan pelancongan.
- Mendaftar dan melesenkan perusahaan pelancongan (Pengendalian Perniagaan/agensi pengembaraan dan Institusi Latihan Pelancongan).
- Mendaftar dan melesenkan pemandu pelancong.
- Mendaftar dan melesenkan kenderaan pelancongan (bas persiaran dan kereta sewa pandu).
- Mendaftar dan mengklasifikasikan premis penginapan pelancong.
- Menjalankan urusan pendakwaan yang sewajarnya bagi kes-kes pelanggaran AIP 1992 dan APKP 1999 serta peraturan-peraturan di bawahnya oleh perusahaan pelancongan atau individu.
- Menggubal dan mengemaskinikan perundangan yang berkaitan dengan industri pelancongan dari semasa ke masa.
- Melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang industri pelancongan dan peraturan-peraturan dibawahnya.
- Memproses permohonan kemasukan pegawai dagang dalam perusahaan pelancongan.
- Memproses permohonan penubuhan pejabat perwakilan pelancongan asing yang beroperasi di Malaysia.
- Menjalankan tugas sebagai pemudah cara antara agensi kerajaan, swasta dengan pertubuhan bukan kerajaan berkaitan pelancongan.
- Memberi khidmat nasihat dan galakan kepada individu atau organisasi yang menceburi perusahaan pelancongan.
- Mengkaji semula sistem dan prosedur pelesenan bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan.
No comments:
Post a Comment