Sunday, November 18, 2012

Karnival Pelancongan Taiping 2012


Kertas Kerja: Taiping Tourist Treasure Hunt 2012

Tourism Perak Sdn Bhd telah menganjurkan beberapa acara seperti memancing udang galah dan pesta Teluk Intan bagi mempromosikan VPY2012.
Saya ingin mencadangkan agar satu program sama diadakan di Taiping  bagi tujuan yang sama. 
Karnival Pelancongan Taiping 2012
Anjuran: Tourism Perak, MPT dan semua pemain pelancongan yang disenaraikan
Tarikh: 1, 2, dan 3 Jun 2012

Acara terbuka kepada semua rakyat Malaysia melalui borang yang disiarkan dalam akhbar.
Bertujuan agar pelancong menghabiskan masa sehari atau dua di Taiping.
Jika terdapat banyak pemenang. Mereka boleh menebus hadiah pada lain-lain tarikh dalam tahun 2012. Ertinya mereka akan datang 2 kali ke Taiping.
Mempunyai kereta sendiri dan datang dalam kumpulan keluarga atau rakan-rakan 4 atau 5 orang.
Beberapa pemain pelancongan di Perak mengambil bahagian.
Contoh
1. Kilang Kopi Antong.
2. Kilang Arang Kg Dew atau Kilang Arang  Mr. Chuah Kuala Sepetang
3. Muzium Timah Matang
4. Muzium Taiping
5. Kolam Renang Kemahkotaan.
6. Kuala Sepetang Seafood Restaurant Chin Huat, Xin dan Tepi Sungai dan Restoran Mee Udang Mak Teh, Mak Jah, Pak Hashim dan Salleh Stall (Pilih satu)
7. Hutan Eko Pendidikan Paya Laut Matang.
8. Gua Kelawar Batu Kurau.
9. Kolam Air Panas Trong
10. Taman Tasik Taiping. (Dapatkan cop di kaunter tiket Zoo)
11. Taiping Heritage Trail (Peserta mesti menunjukkan sekurang-kurangnya 10 gambar warisan di Taiping tidak termasuk Muzium Taiping)

Para peserta perlu hadir sekurang-kurangnya 7 lokasi yang dinyatakan dan akan mendapat hadiah
1. Masuk percuma ke night safari atau
2. Tengok kelip-kelip dari Kg Dew atau
3. Tengok kelip-kelip dari Kuala Sepetang

Satu surat tawaran diberi kepada para pemain pelancongan di Taiping dan satu mesyuarat akan dipengerusikan oleh Tourism Perak dan MPT sebagai tuan rumah.
Dicatat pada March 2012
______________________________________________________________________________________
IPOH 25 Okt. - Kerajaan negeri dengan kerjasama Majlis Perbandaran Taiping akan menganjurkan Karnival Pelancongan Taiping 2012 (KPT 2012) selama sebulan bermula 1 Disember depan.
Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Hamidah Osman berkata, program yang dianjurkan khusus bagi mempromosi daerah Taiping sempena Tahun Melawat Perak (TMP) 2012 itu, diharap dapat meningkatkan kunjungan pelancong dari dalam dan luar negara.
Katanya, program tersebut merupakan kesinambungan program yang dirangka untuk TMP 2012 dengan membabitkan kluster pelancongan terpilih di negeri ini.
''Pelbagai aktiviti telah disusun sepanjang tempoh karnival berkenaan berlangsung termasuklah Zoorama, pameran orkid Taiping, pertandingan fotografi, kayuhan warisan dan '1Malaysia remote control fun day'.
''Selain itu, orang ramai turut berpeluang memasuki pertandingan mewarna, cabutan bertuah dan menyaksikan pameran kereta antik serta pelancaran pameran hutan hujan tropika Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Tourism Perak dan Majlis Perbandaran Taiping sempena KPT 2012 di sini hari ini.
Pada majlis tersebut, kerajaan negeri melalui Tourism Perak yang diwakili Pengurus Acara Tourism Perak, Zuraida Md. Taib menyerahkan replika cek bernilai RM160,000 kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping, Shahrom Abd. Malik bagi menjayakan karnival berkenaan.
Pada majlis sama, Hamidah turut menyampaikan replika cek bernilai RM30,000 kepada Kelab Sukan dan Kebajikan Media Perak yang diwakili Setiausahanya, Kamaruzaman Yusof. Kelab tersebut akan menggalas cabaran mendaki Gunung Berapi Rinjani di Pulau Lombok, Indonesia pada 3 hingga 11 November depan.
Sumber: Utusan Online


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Utara/20121026/wu_04/Karnival-Pelancongan-Taiping-2012-selama-sebulan-mulai-Disember#ixzz2CXM5xtrh
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment