Tarikh: 20 Oktober 2012
www.kualasepetang.com
Tahniah dan syabas kepada 25 pelajar dan    2 pensyarah Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan UiTM Shah Alam atas kejayaan mencabar kebolehan fizikal dan mental dalam merealisasikan hasrat.Setelah bersantai dengan menyaksikan keindahan Taiping Bandar Warisan di Banglo Beringin Bukit Larut serta ditemani suasana sejuk dan berkabus di tanah tinggi Banjaran  Bintang, peserta memulakan hari kedua dengan mendaki cerun curam Gunung Semanggol bersama dengan jurupandu En Rosmizan Osman serta pembantunya dari Kelab Sukan Majlis  Daerah Kerian. 

 Di puncak gunung mereka dapat menyaksikan sawah padi saujana mata memandang, keindahan tasik Bukit Merah dan hutan paya laut Matang dan sistem sungainya hingga ke Selat Melaka.

Seusai mendaki kesempatan yang ada digunakan sepenuhnya  untuk menghilangkan lelah dalam bas berhawa dingin yang bergerak ke rumah penginapan di Kamunting.
Siap menanti di Hutan Eko Pelajaran hutan Paya Laut Matang di Kuala Sepetang ialah En Nasaruddin yang memberi penerangan panjang lebar mengenai pokok bakau, hutan paya laut dan hasil ekonomi yang dijananya.
Segala kepenatan di pagi hari seolah hilang apabila terserempak dengan sepasang dolfin Chinese White Dolphin (spesis terancam IUCN) yang bermain air berhampiran bot. Begitu juga dengan hasil sauk kerang dan menangkul ketam yang dibantu nelayan lumayan sekali. Aktiviti malam itu diakhiri dengan menyaksikan keindahan kelip-kelip di sepanjang hulu Sg Sepetang.
Terima kasih yang tak terhingga kepada En Khairul Salleh dari Kuala Sepetang Eco Tourism yang merancang semua aktiviti ini dan yang lebih istimewa ialah memasak hasil ketam dan kerang ketika kami semua dalam kepenatan.
Hanya sebahagian dari kami menghabiskan masakannya manakala yang lain sedang enak dibuai mimpi. Hanya gambar masakan yang menjadi santapan mereka esoknya.



 Aktiviti hari ketiga santai di Bandar Di Raja Kuala Kangsar sambil menyaksikan demo membuat labu sayong.

Ketua rombongan : En Norhisham Ibrahim
Pensyarah : Zaharah bt Mohamad Rani
Pensyarah pengiring : Khairun Najiah bt Ahmad.
Kuala Sepetang Eco Guide: En Mohd Yusri  b Yusof

Juru pandu G Semanggol