Vortex banner

Wednesday, June 13, 2012

Pusat Motivasi Mawwaddah, Batu Kurau

"ISLAMIC TRAINING VILLAGE"
VISI
Pusat Motivasi Mawaddah bermatlamat melahirkan insan yang berilmu, berketrampilan, beriman, berakhlak mulia, beramal soleh dan berkasih-sayang yang boleh membentuk masyarakat yang beragama dan memberi sumbangan yang bernilai dalam membentuk sebuah negara yang diredhai Allah. 


MISI
Pusat Motivasi Mawaddah akan menjadi model sebuah pusat motivasi berkonsepkan "Islamic Training Village" yang berkhidmat kepada masyarakat dengan menyebarkan dakwah Islamiah secara kontemporari, memainkan peranan dalam pembangunan insan dan kesejahteraan masyarakat serta negara. 


OBJEKTIF
1. Melahirkan remaja Islam yang berilmu dan berketrampilan sebagai model remaja muslim sejati. 

2. Melahirkan remaja Islam yang mampu memberikan sumbangan dalam menegakkan syiar dan penghayatan Islam dalam masyarakat. 

3. Melahirkan remaja muslim yang mempunyai pemikiran remaja Islam profesional yang mematuhi syariat dalam semua urusan kehidupan serta dapat menjadi pendakwah yang berdakwah secara profesional. 

4. Menjadi tempat pentarbiyahan remaja yang terlanjur dan terjebak dalam masalah sosial dan seterusnya menjadikan remaja-remaja tersebut mengamalkan Islam sebagai Ad-Deen yang taat kepada Allah dan menjadi anak soleh dan solehah serta taat kepada ibu bapa. 

5. Menjadi tempat pertemuan bagi memotivasikan masyarakat dari sudut pembangunan kerohanian dan ekonomi khususnya golongan armalah @ ibu tunggal, fakir miskin, OKU, warga emas dan golongan yang tercicir dalam pelajaran serta agama.


No comments:

Post a Comment