Sunday, December 25, 2011

Pulau Kalumpang Pre Historic Site



View Pulau Kalumpang Pre-Historic Archeology Site in a larger map
Pulau Kalumpang Pre Historic Archeology Site terletak berhampiran "Kerian"
The Pulau Kalumpang project was conducted by a Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) team headed by veteran archaeologist Datuk Prof Nik Hassan Shuhaimi. USM assisted by providing technical and laboratory facilities.
The Guan Kain Hitam project, meanwhile, was led by Assoc Prof Dr Stephen Chan of PPAM, with a Sarawak Museums Department team headed by deputy director Ipoi Datan.




The research was funded by the National Heritage Department and USM.

An archaeologist unearthing the remains of a Neolithic
human skeleton at mangrove swamp in Pulau Kalumpang,
Perak.


Penempatan manusia purba 1800 tahun di Pulau Kalumpang, Taiping

Kelumpang penempatan 1,800 tahun
Oleh Mohd Azis Ngah
KUALA LUMPUR: Penempatan manusia purba di Pulau Kelumpang, dekat Taiping, Perak disahkan berusia 1,800 tahun berdasarkan hasil ujian makmal ke atas sampel karbon yang dihantar ke makmal arkeologi di Amerika Syarikat (AS), bulan lalu.

Keputusan itu diterima Rabu lalu dan disahkan oleh ketua penyelidik kawasan berkenaan, Prof Datuk Dr Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman.

Keputusan itu menjadikannya sebagai hasil kajian pertama ke atas penempatan dan manusia purba di Malaysia yang berjaya ditentukan tarikhnya secara tepat berdasarkan kaedah saintifik mengikut Kaedah Karbon 14 yang dijalankan pakar arkeologi AS.

Ketika ini hanya AS mempunyai kepakaran dan makmal khas kajian ketepatan usia setiap lapisan karbon dan tanah digali. Sampel kajian dihantar dikenakan bayaran RM18,000.

Kajian itu dijalankan ke atas sampel karbon pada lapisan paling bawah, tempat sama rangka kelima manusia purba ditemui sejak kerja arkeologi dijalankan di situ bermula 25 Jun lalu.

Mengulas perkembangan terbaru itu, Dr Nik Hassan berkata, melalui ujian itu, penempatan manusia purba di Pulau Kelumpang disahkan wujud sejak abad kedua dan paling lama pernah ditemui.

“Ini adalah kali pertama kita mendapat keputusan kiraan tarikh secara tepat dan lengkap dan ia boleh dijadikan pegangan dalam mana-mana kajian. Sebelum ini, ada juga kajian ke atas penemuan kulit kerang dan sampel lain,” katanya.

No comments:

Post a Comment