Wednesday, March 16, 2011

Lawatan Lapangan ke Kampung Orang Asli Ulu Geroh, Gopeng Perak

GOPENG SUNGAI KAMPAR ACTIVITIES
Price per person
Whitewater Rafting RM 150.00
Waterfall Abseiling RM 100.00
Cave Exploration RM   50.00
Jungle Trekking RM   40.00
River Tubing RM  90.00
Rafflessia Flower Trekking AND Rajah Brooke Butterfly Sightseeing RM   90.00
Riverside Camp RM 78.00
KS Eco Tours Sdn Bhd Tel Khairul 012-5145023
JUGA MENERIMA TEMPAHAN UNTUK AKTIVITI DI GUA TEMPURUNG

Kepada para pelancong yang ingin mengalami pengalaman sebenar berada di Perkampungan orang asli datanglah ke kampung orang asli Ulu Geroh. Gopeng Perak. Berikut ialah catatan saya bersama keluarga yang ke sana pada 15 mac lalu. Ianya merupakan satu pembelajaran luar bilik darjah baru bagi saya dan keluarga.
Keistimewaan yang ada di sini ialah bunga rafllesia dan rama-rama Rajah Brooke
Tiba di Gopeng jam 11 pagi. Gambar ini ialah palong besar paip air zaman British dahulu. Dapat dilihat dari jalan besar Pekan Gopeng






Papan tanda yang cantik dan menarik memberikan petunjuk jelas kepada para pelancong.






Terpaksa parking kereta di my Gopeng Resort dan memulakan perjalanan sejauh 8km. Latihan olahraga kata anakku Norhafizah


Cendawan hutan yang hidup subur di sisa kelapa sawit yang dijadikan baja.

Rama-raya hinggap di tangan Amirul menyebabkannya berjalan dengan perlahan supaya tidak mengejutkan rama-rama itu.


Selepas itu terbang ke tudung Ifah pula. Kemungkinan bau hangit Ifah mendorong rama-rama itu mendekatinya.



Jumpa spider gergasi. Sesiapa nak jadi spiderman boleh cuba menangkapnya





Jalan singkat ke Cameron Highland. Sila ikut kiri Kampung Ulu Kampar.






Setelah 1 jam perjalanan yang memenatkan, maka jumpa perkampungan orang asli.






Kenderaan lama Land Rover. Nampak macam boleh beroperasi lagi.






Pohon durian sedang berbuah, mungkin 40 hari lagi dapatlah hasilnya. Yang istimewanya buah-buahan di sini tidak diganggu monyet. Pisang berbuah dengan tandan yang panjang.













Pemuda Semai ini dalam perjalanan pulang selepas bekerja di ladang kelapa sawit. Perhatikan pokok yang dipegangnya. Tongkat Ali Batin







Setelah penat berjalan dan dijanjikan dengan aktiviti renang Amirul tidak menunggu lama untuk menuntut janjinya.



Kanak-kanak orang asli yang pada mulanya memerhati dari jauh dan penuh rasa malu akhirnya tidak tahan godaan merasa kesejukkan air sungai.









Rama-rama Raja Brooke, Dewan Orang ramai, dapur memasak dan sessi bergambar seterusnya


Isteriku sedang memberikan sentuhannya pada masakan yang disediakan.
Amirul yang kelapar
an sempat memberikan post istimewanya.


















Tarian sewang juga dipersembahkan. ribuan terima kasih kepada Insan, Ngah Teroq dan makcik2 sekelian atas layanan dan keramahan anda semua. Currently, there are only two MNS appointed orang asli Semai guide for Ulu Geroh Jungle Trekking. They are Ngah Teroq and Bah Ihsan .

16 comments:

  1. interesting and nice

    ReplyDelete
  2. hope can go there

    ReplyDelete
  3. salam en khairul..sy berminat nk bawa student kesini 4 community service n nk expose student kpada cara hidup masyarakat org asli..macammana cara nya ye?boleh bagi sedikit petunjuk x?thanking in advance..

    ReplyDelete
  4. Please call or email me. amirulisa@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  5. salam..sy dah email..plz check ur email..tq

    ReplyDelete
  6. Maaf Linda,
    Saya mungkin terdelete your mail.
    amirulisa@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  7. my kampung.. yahoooo!!!

    ReplyDelete
  8. syamil: ini kampung saya.. :)=

    ReplyDelete
  9. salam En. Khairul..saya dah email..tq

    ReplyDelete
  10. saya berminat untuk buat community service di perkampungan orang asli..boleh bagi sedikit advice..saya da email ke email en.khairul

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum.. sy nk buat program ke kampung org asli ulu geroh ni.. blh bagi sedikit petunjuk x??

    ReplyDelete