
Alang Mat yang terkenal sebagai Bomoh Buaya rupa-rupanya mempunyai 2 buah kolam ternakan ikan bendang di belakang rumahnya. Antara ikan yang terdapat dalam kolam ini ialah ikan keli, puyu dan haruan. Lihatlah gambar di atas menunjukkan kesan olak ikan yang menangkap. Memang banyak ikan di dalam kolamnya. Amirul tentu gembira sekiranya aku membawanya memancing di sini... tentu boleh dapat ikan punya.


Kunjungan saya untuk bertanya mengenai lawatan ke tempat buaya rupa-rupanya membawa kepada penemuan ini. Sebuah pondok kecil yang hampir siap berdiri teguh berhampiran dengan kolam memberikan pemandangan yang cukup mengasyikkan bagi pelarian kota yang ingin merasai kedamaian dan ketenangan suasana kampung.Kebun kelapa sawitnya pula sangat subur dan bersih. Sesiapa yang ingin cuba bakat sebagai pekerja ladang bolehlah datang ke sini. Jika dapat mengait 5 tandan dalam tempoh 30 minit anda akan dikurniakan sijil pemulaan pekerja ladang kelapa sawit.Dari perbualan dengan Alang Mat, beliau merancang untuk membina sebuah lagi pondok untuk menampung pemancing yang datang bersama keluarga. Jika anda berminat bolehlah menghubungi saya...
Kelip-kelip Kg Dew (Ritma Cahaya Alam) merupakan satu tarikan istimewa di Taiping. Ia menjadi salah satu tempat lawatan menarik bagi pelancong yang datang ke Hutan Pendidikan Paya Laut Matang, Taiping, Perak, Malaysia
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteNice post and keep always update, i like your blog.
ReplyDeleteThank you very much for sharing information that will be much helpful for making coursework my effective.
ReplyDelete