Monday, March 15, 2010

Perancangan Eko-Pelancongan Kelip-kelip Kg Dew

Minit Mesyuarat Adhoc

Perancangan Eko-Pelancongan Kelip-kelip Kg Dew

Tarikh : 13 Mac 2010

Masa : 9.00 p.m

Tempat : Rumah En. Rosli bin Ishak

Kehadiran : 1. En. Khairul Salleh bin Ahmad

2. En. Rosli bin Ishak

3. En. Yusof bin Ishak

4. En. Zulkhifley bin Hazali

5. En. Ismail bin Ishak

6. En. Mohamad bin Yahaya

7. En. Mohd Nor bin Salleh

8. En. Azman bin Hashim

9. En. Mohd Nor bin Salleh

10. En. Mat Nor bin Non

11. Pn. Hazimah binti Zakaria

12. En. Wahab bin Ishak

Agenda

1. Ucapan Pengerusi Majlis.

En. Mohd Nor bin Salleh, Ketua Kampung Ayer Puteh mengalu-alukan kehadiran semua ahli-ahli jawatan kuasa Adhoc Perancangan Eko-Pelancongan Kelip-kelip Kg Dew. Beliau berharap mesyuarat ini dapat berjalan dengan lancar dan menghasilkan perancangan yang baik dalam menjayakan program yang dirancang.

2. Pembentangan Kertas Kerja Projek.

En. Khairul Salleh bin Ahmad membentangkan. (Seperti Lampiran 1)

3. Tayangan Slide.

En. Khairul Salleh bin Ahmad menayangkan slide. (Seperti Lampiran 2)

4. Aturcara Lawatan MPT, TDC, PERHUTANAN, JABATAN ALAM SEKITAR & MARIN pada 26 Mac 2010.

4.1 Melantik Jawatan Kuasa Kecil Sambutan.

Penyambut Tetamu - En. Mohd Nor bin Salleh

En. Rosli bin Ishak

Pengacara - En. Azman bin Hashim

Bacaan Doa - En. Yusof bin Ishak

Tayangan Slide - En. Khairul Salleh bin Ahmad

Taklimat - En. Khairul Salleh bin Ahmad

Lawatan - En. Mohamad bin Yahaya

Khemah & Alatan - En. Wahab bin Ishak

Jamuan - 1. En. Zulkhifley bin Hazali

2. En. Azman bin Hashim

Jemputan 300 tetamu - En. Mohd Nor bin Salleh

En. Rosli bin Ishak

Gotong-royong - 21 Mac 2010 jam 5.00 p.m.

Kewangan - Anggaran RM500

Melalui sumbangan peribadi.

Mohon sumbangan Jabatan-jabatan berkaitan.

  1. Hal-hal lain.

Melindungi para pelawat dengan jaket keselamatan dan perlindungan insurans.

Membuat 2 banner Selamat Datang Ke Jeti Eko-Pelancongan Kelip-Kelip Kg Dew & Hutan Paya Bakau Matang.

Memohon sumbangan CSR (Coperate Sosial Responsibility) syarikat koperat yang beroperasi di sekitar kawasan eko-pelancongan.

5.4 En. Mohd Nor bin Salleh berharap agar perkara yang telah dibincangkan dapat dilaksanakan dengan penuh tanggung-jawab demi memajukan penduduk dan kampung. Beliau juga mengingatkan semua agar sentiasa bertolak-ansur dan memperkukuhkan ukhuwah serta memperkasakan ummah.

Mesyuarat ditangguhkan jam 11.16 p.m.

Disediakan oleh,

KHAIRUL SALLEH BIN AHMAD

Setiausaha.

No comments:

Post a Comment