2 HARI 1 MALAM PANGKOR
Pulau Pangkor memang sudah terkenal sebagai satu destinasi pelancongan yang terkenal. Selain dari mempunyai pantai-pantai yang cantik seperti Pasir Bogak, Teluk Ketapang dan Teluk Nipah. Pulau Pangkor juga terkenal dengan hasil lautnya. Ikan bilisnya cukup terkenal di kalangan pelancong. Boleh dikatakan setiap pelancong yang hadir ke pulau ini membeli ikan bilis dan hasil laut lain untuk dijadikan buah tangan setiap kali melawat ke pulau ini.
Pulau Pangkor memang sudah terkenal sebagai satu destinasi pelancongan yang terkenal. Selain dari mempunyai pantai-pantai yang cantik seperti Pasir Bogak, Teluk Ketapang dan Teluk Nipah. Pulau Pangkor juga terkenal dengan hasil lautnya. Ikan bilisnya cukup terkenal di kalangan pelancong. Boleh dikatakan setiap pelancong yang hadir ke pulau ini membeli ikan bilis dan hasil laut lain untuk dijadikan buah tangan setiap kali melawat ke pulau ini.
Bergambar di Jeti. Saya baju merah, (Khairul Salleh) Sebagai anak Negeri Perak saya jadikan pulau ini sebagai destinasi pelancongan bajet dan menikmati keindahan alam dan dasar lautnya disamping juga memenuhi aktiviti kegemaran iaitu memancing. Banyak kemudahan chalet yang menawarkan harga yang rendah di sekitar Teluk Nipah atau hotel-hotel mewah boleh menjadi pilihan jika bersama keluarga. Setiap kali mempunyai cuti saya sering ke pulau ini bersama keluarga dan kadang-kadang bersama rakan. Jika bersama rakan maka aktiviti memancing menjadi fokus utama.
Pada 27 November lalu saya telah diminta mengepalai satu percutian 2 HARI 1 MALAM ke sana oleh 6 geng badminton terkenal. Mungkin anda yang meminati sukan badminton dapat mengenali seorang pemain badminton negara.
Mencandat di Pulau Mentagor. Oleh kerana geng badminton hanya berpengalaman memancing di kolam berbayar sahaja dan belum pernah merasai tarikan sotong. Maka percutian ini menjadi satu pengalaman menarik bagi mereka semua. Sebelum bertolak kami telah singgah di kedai memancing untuk membeli candat. Dengan menaiki sebuah kereta dan dua motosikal kami bertolak dari Taiping dengan semangat yang berkobar-kobar. Kereta ditinggalkan di Lumut dan motosikal kami bawa ke pulau sebagai pengangkutan utama.
Destinasi pertama kami ialah mencari chalet untuk meletak barangan peribadi. Untuk pengetahuan anda semua, harga sewaan chalet murah pada hari-hari biasa walaupun pada cuti sekolah, tinggi pada hujung minggu dan berganda bila cuti kelepasan am. Jadi jika anda hendak ke sana pilihlah waktu yang sesuai. Kami memilih chalet yang berhampiran dengan dapur supaya senang memasak dan keluar masuk chalet.
Petang itu juga kami menyewa dua bot kecil bagi menghantar ke Pulau Mentagor, cuma 1 km dari pantai Teluk Nipah. Selesai mendarat maka masing-masing sibuk mencari lesen sotong. Ada yang mendapat lesen dengan sekali lontaran sahaja. Keseronokan mencandat semakin terasa apabila melihat kawanan sotong mengejar candat hingga ke tepi batuan. Keadaan menjadi lebih gamat apabila sotong memancutkan dakwatnya dan ada yang mendapat double strike. Selain mencandat kami juga melakukan aktiviti snorkling di pulau ini. Terdapat pelbagai jenis batu karang keras dan lembut di dasarnya. Dengan kehadiran karangan telah menjadi habitat kepada pelbagai jenis kehidupan marin yang cantik. Dalam kunjungan ini kami telah dapat melihat seekor penyu yang timbul ketika bot menghampiri pulau. Disebabkan dasar laut yang berkarang jugalah maka saya menjadi pengutip candat-candat yang tersangkut di batu karang.
Satu kegemaran saya ialah memancing sambil snorkling. Ikan pilihan saya ialah kerapu karang. Ianya hanya sebesar empat jari sahaja tetapi mempunyai gaya melahap umpan yang gelojoh. Ketika ikan-ikan karang hanya mencubit-cubit umpan sotong yang baru dicandat. Ikan kerapu pula hanya menghendap di dasar laut atau di celahan karang. Apabila ia sudah tergoda dengan umpan sotong, maka ia akan meluru keluar dan menyedut keseluruhan umpan sotong. Agak mencabar juga memancing sambil snorkling ini kerana terpaksa bersaing dengan ikan-ikan karang untuk mendapatkan ikan kerapu.
Saiz sotong di pulau ini tidaklah besar sangat tapi cukup enak bila dijadikan sumber protin dalam masakan mi segera.
Zul, Faizul dan Zaki ZakriMalam itu pula kami semua bertekad untuk tidak tidur. Lokasi memancing pula di Jeti Teluk Ketapang. Kami sungguh bertuah kerana ketika kunjungan kali ini lampu limpah telah diperbaiki dan menghala pula ke arah laut. Lampu yang terang menderang ini menjadi tarikan ikan-ikan bilis yang bisa menukarkan dasar laut kehitaman akibat bayang kumpulannya. Inilah sumber diet bagi sotong mengambang. Ketika tiba sudah ramai yang bersusun di jeti berkenaan dengan joran dan candat masing-masing. Pekerja Indonesia keturunan Jawa pun ada. Keadaan lantai jeti yang kehitaman membuktikan dakwat sotong yang dicandat sungguh banyak. Saya yang baru tiba hanya memerhatikan gelagat mereka. Tiba-tiba seekor sotong mengambang yang besar meluru di bawah sorotan lampu limpah.
Ia memaut satu candat. Entah siapa yang punya. Mungkin empunya candat tidak menyedari candatnya dilarikan sotong. Saya pula terus melontarkan candat ke arahnya. Sotong itu melepaskan candat palsu dan menerkam candat saya yang dimainkan dengan cantik. Ketika itu juga pemancing lain melontarkan candat masing-masing ke arah sotong tersebut. Inilah teknik memancing di jeti. Jika ada seorang yang strike maka segeralah baling ke arah tersebut kerana biasanya sotong datang berpasangan. Keadaan menjadi kelam-kabut kerana tali dah bersilang. Sotong yang besar tidak boleh ditarik terus ke atas. Jika dibuat begitu maka zerolah hasilnya. Isi sotong yang berat akan tercabut dari mata candat. Sotong tersebut terpaksa dihela hingga ke atas pantai. Mujur lah ada wak indon yang sudi mengambilnya dari pantai. Sotong itu terus di bawa pulang ke chalet untuk ditayangkan kepada geng yang belum sampai. Kemeriahan mencandat berterusan hingga ke lewat malam sehingga air bertukar menjadi keruh dan berbuih dan ketika itu jugalah sotong tidak menampakkan diri lagi.
Seorang demi seorang dari kami mula pulang ke chalet dan berebut tempat tidur. Sekali lagi sotong mengambang menjadi protin dalam masakan mi segera sebelah pagi dan percutian kami diakhiri dengan membeli-belah hasil laut.
Seorang demi seorang dari kami mula pulang ke chalet dan berebut tempat tidur. Sekali lagi sotong mengambang menjadi protin dalam masakan mi segera sebelah pagi dan percutian kami diakhiri dengan membeli-belah hasil laut.
Salam tuan..nk tny klo saya menginap di teluk nipah..mncing area pantai situ xpayah naik bot ke pulau mentagor tu ok jugak x?kalo sewa bot berapa ye?
ReplyDeleteKalau tinggal di /Teluk Nipah boleh memancing di hujung tanjung Tokong Cina, depannya ialah pulau Giam.
DeleteDulu sewa bot RM15 saja pergi dan ambil. Sekarang tak tau la..
Kalau tinggal di /Teluk Nipah boleh memancing di hujung tanjung Tokong Cina, depannya ialah pulau Giam.
ReplyDeleteDulu sewa bot RM15 saja pergi dan ambil. Sekarang tak tau la..
Hye nak tanya emm budget nak candat sotong ni berapa ek ?
ReplyDeleteKyrie Irving Shoes
ReplyDeleteRed Bottom Shoes For Women
Jordan 4
Air Max 270
Jordan 11
Jordan 11
Pandora Outlet
Red Bottom Shoes For Women
Pandora
Linda20180914
canada goose outlet
ReplyDeletehermes handbags
kevin durant shoes
longchamp handbags
jordan shoes
supreme clothing
stephen curry shoes
supreme
off white shoes
kyrie 5 spongebob