Monday, January 26, 2015

Enggang Badak Taman Tasik Taiping


Puas mengendap di Taman Tasik Taiping.
Sudah lama aku tak mengendap pasangan cinta dua sejoli ini. Kali terakhir rasanya 2013 yang lalu. Ketika itu aku mengendap mereka di depan md. Kali ini mereka main Asmara dekat pintu belakang zoo pula. Aku mengambil masa hingga 30 minit memperkenalkan diri dan menyakinkan mereka bahawa aku tidak membawa sekarang ancaman. Dari jauh aku memerhati tingkah laku mereka yang begitu sopan sekali. Setiap pergerakan bagi seorang penari yang lemah gemalai. Bunyi yang dihasilkan umpama kekasih yang menagih cinta. Selepas 20 minit baru aku Mula menapak menghampiri mereka. Dari tingkah laku mereka yang langsung tidak mengendahkan aku, aku pasti kehadiranku tidak mencurigakan mereka. Gambar ini yang terdekat aku capai dengan kamera telefon.

 — at Taiping Lake Garden.

No comments:

Post a Comment