Wednesday, April 13, 2011

Memancing Udang Galah Sungai Sepetang, Udang Kampung Dew, Taiping




Udang galah tahan hidup tanpa air sehingga sejam
Memang menjadi trofi jika dapat udang galah sepit biru

Musim udang galah sudah kembali. Sungai Sepetang dekat Kampung Dew,Kamunting, Taiping, Perak yang menjadi sempadan untuk daerah larut matang dan selama dan kerian ini sudah cukup terkenal dengan bot kayu arangnya kini semakin sibuk pula dengan sampan-sampan pemancing. Kebanyakan pemancing yang ditemui membawa pulang sejumlah besar udang galah yang galak memakan umpan terutamanya perumpun nipah,cacing ataupun udang pasar sahaja. Saiznya pula pelbagai ada yang ranggah (sepit biru) dan ada pula saiz yang cukup enak untuk dimakan. Pemancing pula biasanya turun memancing pada waktu petang hari yang panas. Sebagai persediaan, pemancing diingatkan membawa 3 atau 4 set pancing ringan, batu ladung saiz 3 dan sejumlah mata kail yang siap diikat.
Budakpun boleh dapat udang galah

Sekali bawa pergi memancing udang galah, terus tersenyum riang.




Bulan Mac hingga Julai ini saiz udang akan meningkat besar. Pemancing yang ingin menempah sampan boleh menghubungi KHAIRUL tel 012 5145023

1 comment: