RM600 semalam Penginapan sahaja
Sebuah rumah banglo 8 bilik dengan dewan terbuka dan kolam renang.
Terletak
di Kampung Repoh Batu Kurau. Berdekatan dengan empangan yang mempunyai
air sedalam 1 meter untuk remaja dan di sebelah bawah mempunyai air
cetek dan kawasan pasir yang sangat sesuai untuk kanak-kanak.Air terjun telaga tujuh pula terletak 2 km dari banglo ini.
Amat sesuai untuk aktiviti bersama ahli keluarga, reunion, majlis perkahwinan, pertunangan, dan sebagainya.
Ruang Tamu amat luas sesuai untuk majlis tahlil dan sebagainya.
Dewan terbuka pula boleh dijalankan aktiviti permainan dalaman dan ibu-bapa boleh memerhatikan anak-anak mandi kolam renang dari bilik atau dari dewan terbuka.
Di
kelilingi rumah kampung anda dapat merasakan suasana burung berkicau
dari sangkar dengan ayam dan kambing berkeliaran mencari makanan.Pada musim buah-buahan anda boleh berunding dengan orang kampung untuk durian terpilih dari kebun mereka. Biasanya kalau beli banyak mereka akan beri percuma beberapa biji lagi sebagai sedekah.
Sila SMS untuk pertanyaan.




No comments:
Post a Comment