Saturday, August 31, 2013

Cadangan Tahun Melawat Malaysia 2014: Pelancongan Taiping

Chalets
Bagi menyemarakkan lagi kemajuan dan pembangunan industri pelancongan di daerah ini.  Tambahan lagi, tahun 2014 merupakan 'Tahun Melawat Malaysia'.

Wajah gembira dapat melihat dolphin
Oleh itu, semua pihak yang terbabit secara langsung dan tidak langsung dalam agenda pelancongan di daerah Larut Matang perlu saling bantu-membantu dan berusaha untuk menarik lebih ramai pengunjung ke produk masing-masing. 


Apa yang boleh MPT dan semua pemain pelancongan Taiping bantu ialah menyediakan satu risalah pelancongan terkini dalam bentuk pdf. Meminta email setiap pelancong atau kumpulan rombongan yang ingin maklumat pelancongan Taiping dan menghantar fail pdf itu kepada mereka. Dengan cara ini para pelancong akan dapat banyak maklumat pelancongan baru dan lama serta memudahkan mereka membuat pilihan lawatan, penginapan dan makanan. 
Adalah menjadi hasrat kami semua agar para pelancong dapat menghabiskan  masa yang lebih lama di Taiping iaitu sekurang-kurangnya 2 hari 1 malam.
TENTATIF LAWATAN:
HARI PERTAMA (JUMAAT – 30 OGOS 2013)
0645AM PELAJAR BERKUMPUL
0700AM BERTOLAK KE TAIPING
0800AM BERHENTI UNTUK MINUM PAGI DI RR GURUN, KEDAH

0815AM PERJALANAN KE TAIPING
1200PM TIBA DI PERASA AUTOCAMP,CHANGKAT JERING
1215PM DAFTAR MASUK PENGINAPAN
1230PM MAKAN TENGAHARI/ REHAT DIRI/ SOLAT ZUHUR
1430PM BERTOLAK KE HUTAN PENDIDIKAN PAYA BAKAU LARUT- 
                  MATANG, KUALA SEPETANG, TAIPING.
1500PM LAWATAN KE HUTAN PENDIDIKAN PAYA BAKAU KUALA SEPETANG  
                        
1515PM MENAIKI BOT/ BOAT RIDE KE HUTAN PAYA  BAKAU , PERKAMPUNGAN NELAYAN, MELIHAT LUMBA-LUMBA  DLL





1715PM SOLAT ASAR @ HUTAN PENDIDIKAN PAYA BAKAU  K.SEPETANG LAWATAN KE DAPUR ARANG 
1830PM PULANG KE PERASA AUTOCAMP
     1930PM      REHAT DIRI SOLAT MAGHRIB 
     2000PM      MAKAN MALAM  BARBEQUE @ PERASA AUTOCAMP
     2130PM      KELIP – KELIP BOAT TOUR @ KUALA SEPETANG (OPTIONAL)
     2400PM      BERSURAI & REHAT JASMANI
HARI KEDUA (SABTU – 31 OGOS 2013)
0600AM SOLAT SUBUH BERJEMAAH
0700AM CERGAS JASMANI, CERDAS MINDA
0800AM MINUM PAGI/ SIAGA DIRI-AKTIVITI BEBAS
1000AM DAFTAR KELUAR 
1030AM BERGERAK KE BANDAR TAIPING (MUZIUM PERAK, SANTAI TAMAN TASIK)
1300PM MAKAN TENGAHARI (PACKED LUNCH)/ SOLAT ZUHUR @ MASJID TAIPING
1430PM LAWATAN KE ZOO TAIPING/ NIGHT SAFARI
1900PM BERTOLAK PULANG KE KANGAR,  PERLIS
2100PM BERHENTI REHAT DI RR GURUN, KEDAH


2300PM TIBA DI SMK PERLIS, KANGAR PERLIS

Tuesday, August 27, 2013

SESI PERJUMPAAN DAN PERBINCANGAN MENGENAI KEMAJUAN PELANCONGAN DI TAIPING



Kerjasama Tuan/Puan untuk hadir ke sesi ini amatlah diharapkan bagi menyemarakkan lagi kemajuan dan pembangunan industri pelancongan di daerah ini.  Tambahan lagi, tahun 2014 merupakan 'Tahun Melawat Malaysia'. Oleh itu, semua pihak yang terbabit secara langsung dan tidak langsung dalam agenda pelancongan di daerah Larut Matang perlu saling bantu-membantu dan berusaha untuk menarik lebih ramai pengunjung ke produk masing-masing.  Di samping itu, pentadbiran ingin menjemput Tuan/Puan untuk menghadiri  jamuan Hari Raya yang akan diadakan selepas mesyuarat ini.
Laporan


Kehadiran lebih kurang 30 peserta termasuk wakil hotel Sentosa Villa,SSL,Panorama dan Hotel Pedana.Kementerian Pelancongan Ipoh Perak dan Taiping,Zoo,Muzium Perak dan Matang,Jabatan Hutan,Poly Travel ATV ride,Kilang Kopi Antong,Mr Chuah,Homestay Bkt Gantang,Bkt Jana Golf  dan Galleria.
Dipengerusikan oleh Dr Kevin,dan dibantu oleh Puan Hanim memaklumkan pengubahsuaian zoo untuk penempatan gajah dan medan ala Sahara.
-Harga tiket zoo akan dinaikan
-menubuhkan kelab ahli zoo dengan harga diskaun
-memasarkan produk dan pakej pelancongan di Taiping Luar Taiping
-NCIA ada membuka Kiosk di Pulau Pinang untuk mempromosi Taiping dan perlukan agensi untuk hantar Katalog untuk menjual pakej di Taiping.
Semua peserta diberi masa untuk berucap,yang mengambil lebih 5 minit adalah dari ATV Ride Bkt Larut,Muzium Perak,Kuala Sepetang,Kilang Arang Kayu,Galeria,Pesatuan Pelancongan En Halim dan wakil Pelancongan En Kamarudin.
Saya berucap seperti yang tulis dan selang seli dengan pertanyaan berkenaan pakej pelancongan
Dan pihak pelancongan Perak mencadangkan agar mengambil lesen dengan kementerian Pelancongan.Saya beritahu kita dah daftar dengan SSM dan tidak menggunakan Tourism hanya Track, jika pelancongan perlu  ada syarat lain dengan Kementerian Pelancongan.
Esok saya pergi jumpa abang cerita lebih teperinci dan En Halim menjemput kita  untuk jamuan raya,saya cakap kita ada pelawat dari Perlis
pada malam Sabtu ni aktiviti kelip-kelip.


Sunday, August 25, 2013

Pelancongan Taiping: BERNAMA

Kuala Lumpur: Pihak berkuasa Pelaksanaan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCIA) akan beralih tumpuan kepada sektor pelancongan bagi mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan dan menarik pelaburan dalam usaha untuk merealisasikan sasaran pelaburan RM10 bilion, selain sektor pembuatan dan pertanian.
Ketua Pegawai Eksekutif NCIA, Datuk Redza Rafiq berkata, pembuatan dan pertanian adalah pemacu angka pelaburan untuk Koridor Utara, namun dalam perancangan tahun ini akan berlaku anjakan kepada sektor pelancongan, bukan saja dalam bidang perhotelan, malah bidang baru yang boleh mewujudkan peluang secara lebih mampan.

“Lebih banyak aktiviti pelancongan akan diwujudkan di Langkawi dan kawasan tumpuan pelancong di Pulau Pinang, selain kawasan baru di Taiping dan hutan hujan tropika Belum-Temenggor.
“Taiping akan menerima RM183 juta untuk inisiatif pelancongan tahun ini sehingga akhir tahun depan manakala Belum akan menerima RM4.39 juta bagi membangunkan kem asas baharu serta ponton yang akan menambah kecergasan kepada lokasi dan lebih banyak peluang secara lebih lestari,” katanya pada sidang media mengenai perjanjian NCIA di sini kelmarin.

Koridor Utara yang dilancarkan pada tahun 2007 sebagai inisiatif pembangunan ekonomi dan sosial di Utara Semenanjung Malaysia, meliputi Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak. Pelaksanaannya kini memasuki pembangunan fasa kedua tahun pertama yang berlanjutan hingga 2020.

Turut hadir tiga daripada empat syarikat yang baru-baru ini menandatangani memorandum perjanjian dengan NCIA bernilai RM1.96 bilion untuk usaha sama perniagaan dan projek dalam setiap negeri terbabit.
Foto
REDZA (dua dari kanan) pada sidang media mengenai perjanjian NCIA di Kuala Lumpur, semalam.
Syarikat berkenaan ialah UWC Industrial Sdn Bhd, JPB Asia Pacific Sdn Bhd, Seri Chenang Resort & Spa Langkawi dan Unifortune Holdings Sdn Bhd.



Kira-kira 3,650 peluang pekerjaan dijangka diwujudkan. - BERNAMA

Laporan BERNAMA: Kuala Sepetang: 8 Ikon Pelancongan di Taiping

IPOH 11 Ogos - Makanan dan minuman adalah antara lapan ikon pelancongan bagi bandar Taiping yang ditetapkan oleh kerajaan negeri Perak dalam usaha menarik lebih ramai pelancong ke situ.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayaan Perak, Nolee Ashilin Mohd Radzi berkata tujuh lagi ialah Zoo Taiping dan Night Safari, Muzium Perak, Taman Tasik Taiping, Taiping Bandar Warisan, Ekopelancongan Kuala Sepetang, Kelip-kelip Kg Dew dan Homestay Bukit Gantang.
"Taiping Bandar Warisan merangkumi produk-produk seperti bandar Taiping serta sejarah penubuhannya, Galeria Pertama dan pelbagai bangunan warisan yang masih kukuh dan berfungsi sehingga ke hari ini.
"Manakala hidangan yang terdapat di Taiping yang telah menarik ramai pengunjung untuk menikmatinya termasuk cendol, kuetiau Doli, mi banjir udang, Restoran Asam Pedas, Antong White Coffee, popia basah dan sebagainya," katanya kepada Bernama, di sini.
Menurutnya, dalam usaha mempromosi Taiping Bandar Warisan, Majlis Perbandaran Taiping melaksanakan pelbagai usaha untuk memulihara bangunan lama termasuk menjadikan Hotel Lagenda yang dahulu dikenali 'rumah rehat' dan Jabatan Kerja Raya lama 107, sebagai hotel butik.
"Antara bangunan lama lain yang menjadi simbol di daerah itu seperti pejabat tanah, muzium, mes tentera, penjara serta bangunan sekolah-sekolah lama yang bersesuaian dengan matlamat bandar Taiping," katanya.
Mengenai jumlah pelancong yang berkunjung ke Taiping, Nolee Ashilin berkata, rata-rata bertumpu di Zoo Taiping dan Night Safari.
Tahun lepas sebanyak 607,854 pelawat berkunjung ke Zoo Taiping berbanding 593,805 pada tahun sebelumnya, manakala pengunjung Night Safari pula meningkat kepada 97,916 berbanding 94, 999 orang pada 2011, katanya.
Untuk tahun ini pula, bagi tempoh Januari hingga Jun, Zoo Taiping menerima 306,458 pengunjung, iaitu menurun sedikit berbanding tempoh sama tahun lepas yang mencatatkan 322,252 orang, katanya yang menyifatkan penurunan itu bersifat sementara.
Bilangan pengunjung dijangka bertambah apabila kerja menaik taraf tiga komponen di Zoo Taiping dan Night Safari iaitu pembesaran stesen trem, menaik taraf Pameran Savana Afrika dan Pameran Gajah Sungai Perak, siap pada hujung September ini, katanya. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130811/dn_22/Makanan-antara-8-ikon-pelancongan-Taiping#ixzz2cwvEFxF0
© Utusan Melayu (M) Bhd 








Saturday, August 24, 2013

Prospek Matang dan Kuala Sepetang

Prospek Matang dan Kuala Sepetang sebagai pusat pelancongan adalah tinggi kerana terdapat begitu banyak sumber menarik yang boleh diketengahkan di kedua-dua tempat ini. Bagaimanapun sumber-sumber yang ada sehingga ini masih belum dibangunkan secara bersepadu dan juga tidak disokong dengan kemudahan dan perhubungan mahupun publisiti yang sewajarnya. 

Namun menyedihkan kerana ada peninggalan sejarah di Matang yang tidak dipelihara dengan baik dan ada kesan sejarah yang berkaitan dengan Port Weld juga kian hilang. Ini satu isu utama dalam pembangunan Matang dan Kuala 
Sepetang. Banyak yang pihak berkuasa tempatan harus lakukan untuk mengelakkan masalah ini daripada terus berlaku. Sayang sejarah kegemilangan Kuala Sepetang ini akan hilang jika tidak dilakukan sesuatu bermula dari sekarang.

Pencerobohan hutan paya laut sudah berlaku dan akan terus berlaku jika tidak dikawal sewajarnya. Pembangunan yang tidak terkawal akan mengancam hutan paya laut yang menyokong aktiviti perikanannya. Akhirnya akan terjejas sekiranya keadaan 
sedemikian dibiarkan berlarutan. 

Sementara keadaan penempatan yang sesak dan tidak teratur menyukarkan penyediaan kemudahan dan sistem perkhidmatan yang berkesan. Mengambil peluang daripada prospek dan menangani isu yang ada, perancangan yang khusus perlu dibuat bagi Matang dan Kuala Sepetang.

Khabarnya satu Rancangan Kawasan Khas (RKK) Matang Kuala Sepetang 2015 disediakan sebagai satu pelan tindakan bagi membangunkan Matang dan Kuala Sepetang. RKK ini disediakan dengan 
kerjasama Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Perak dan Majlis Perbandaran Taiping. Rancangan Kawasan Khas adalah merupakan satu rancangan statutori yang disediakan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, Akta 172. Akta ini memperuntukkan supaya RKK mengandungi cadangan-cadangan tindakan khusus yang terperinci bagi tujuan memajukan, memajukan semula, memperelokkan, memulihara atau bagi tujuan pengurusan kawasan berkenaan.

RKK Matang Kuala Sepetang menganjurkan supaya pembangunan bagi kawasan Matang dan Kuala Sepetang bertemakan Desa Pelancongan Warisan. Wawasan utamanya untuk menjadikan Matang dan Kuala Sepetang sebagai kawasan desa pelancongan warisan yang berdaya maju selaras dengan Wawasan Perak Maju 2015. Dalam merangka rancangan ini beberapa perkara menjadi asas pertimbangan;

• Pengekalan alam semulajadi, tumbuh-tumbuhan dan keadaan persekitaran.
• Penekanan kepada elemen pelancongan, reka bentuk perbandaran, landskap dan rekreasi.
• Pemeliharaan bangunan warisan dan kesan-kesan sejarah yang penting.

Semoga dengan adanya kesedaran dalam memelihara semula warisan negeri ini melalui penubuhan Rancangan Kawasan Khas Matang Kuala Sepetang ini dapat menambah lagi kedatangan pelancong dalam dan luar negara ke sana. Dengan itu pengaliran wang akan bertambah untuk faedah negeri juga.

Friday, August 23, 2013

Kuala Sepetang Eco Tourism

Kuala Sepetang Eco Track merupakan entiti perniagaan yang berdaftar dengan SSM.
Terlibat dalam program kesedaran alam sekitar di Kuala Sepetang.
Matlamat kami ialah menaikkan nama Kuala Sepetang di sektor pelancongan ke peringkat antarabangsa menjelang 2015.
Fokus utama perniagaan ialah memberi pendidikan kesedaran alam terutamanya mengenai, hutan paya laut dan ekosistem flora dan fauna di dalamnya.
Para peserta yang mengikuti program kami akan diberikan informasi pendidikan mengenainya.
Kuala Sepetang Eco Track juga bekerjasama rapat dengan pemilik bot pelancongan, pemilik kilang arang, renjer jabatan hutan, pemilik seafood restoran, pemilik restoran mee udang. pemilik hotel dan travel agent untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada semua peserta kami.
Kami mengambil kesempatan ini untuk menghulurkan tangan agar dapat bekerjasama dengan semua pemain pelancongan di Taiping dalam memastikan VMY2014 berjaya di Perak.
Kami juga memohon agar MPT, Jabatan Hutan ,NCIA dan para pelabur


memajukan infrastruktur pelancongan yang sangat berdaya maju di Kuala Sepetang.
Semua program yang kami jalankan dimuatkan dalam laman web www.kualasepetang.com

Friday, August 16, 2013

MAJLIS BERSAMA Y.B PENGERUSI JAWATANKUASA KESIHATAN, PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN NEGERI PERAK

JEMPUTAN UNTUK MAJLIS BERSAMA Y.B PENGERUSI JAWATANKUASA
KESIHATAN, PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN NEGERI PERAK
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Berhubung dengan perkara ini, sukacita dimaklumkan bahawa, pihak pejabat ini akan menganjurkan satu majlis jamuan perpisahan Tuan Haji Musa Bin Dun selaku Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak .

3. Untuk makluman, Y,Bhg Dato', Tuan/ Puan rnajtis ini turut dihadiri oleh Y.B Puan Nolee Ashilin Binti Dato' Mohammed.Radzi,
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Perak

Cik Aida Hazlyn bt Hassan
Ketua Pegawai Eksekutif
Tourism Perak 
Aras 1, Bangunan Perak Darul Ridzuan
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab
30000 IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN 

Monday, August 12, 2013

Homestay Dekat Simpang Taiping

Harap maaf dah dijual 25 April 2016
Keterangan
Sebuah rumah teres corner lot 3 bilik dengan 6 tempat tidur dan yang terletak di belakang tidak jauh dari Plaza Tol Kamunting Exit 148. Mempunyai Gazebo dan taman di kawasan rumah.
Bilik 1 Katil Queen dan aircond
Bilik 2 Katil Queen dan aircond
Bilik 3 Katil Double Decker.
Alamat
No 63, Lorong Aman 4, Taman Jebong Aman,
34700 Simpang, Taiping Perak.
Taiping, PERAK.
(Mercu Tanda: Tol Kamunting atau JPJ Taiping)
Hari Biasa Harga RM170 semalam 
Harga RM330 dua malam
Cuti Sekolah Harga RM180 semalam 
Harga RM350 dua malam
Cuti Umum Harga RM200 semalam 
Harga RM380 dua malam.
(Tambahan RM30 jika datang dengan 2 kenderaan keluarga)
Hormati Jiran dan Tertakluk kepada undang-undang Syariah dan Civil.


Berdekatan dengan tempat-tempat pelancongan menarik di Taiping seperti Zoo, Muzium, Taman Tasik, Bukit Larut
Tempat perkelahan air terjun Bukit Jana, 5km Taman Suria,
Bukit Merah dan Kuala Sepetang.
Penginapan keluarga untuk penjaga murid sekolah berasrama penuh SERATAS, MRSM, SMK Taman Tasik
(Kami mensasarkan pengunjung tinggal dua malam kerana ada kemudahan dapur yang lengkap)
Deposit RM100 ke akaun MBB 108056486884 (108-056-486-884) Khairul Salleh bin Ahmad
SMS ke 012-5145-023 Nama tetamu, tarikh penginapan, tarikh deposit dibayar dan jumlah untuk direkodkan dalam tempahan homestay.
Logo
Kuala Sepetang Eco TOURISM
Boatride, accommodation, mangrove forest,
Ads in the shop: 17
More images available
More images available