Vortex banner

Thursday, December 8, 2011

Chalet Seri Cempaka, Batu Kurau TAIPING Perak


Kemudahan:
7 bilik Chalet dengan attach bathroom. (Satu katil kelamin dan extra bed RM60 sebilik)
1 Dorm untuk 15 tilam dan bantal RM150
1 Dapur kongsi bersama RM20 untuk 1 keluarga
Kawasan perkelahan Air Terjun Kampung Sempeneh Cempaka Batu Kurau sudah terkenal bagi penduduk di Taiping dan sekitarnya. Malah Batu Kurau sendiri sudah gah dengan hasil duriannya yang bermutu tinggi hinggakan semua penjaja durian akan menjaja nama durian Batu Kurau tatapi bila ditanya kawasan mana Batu Kurau mereka tidak dapat menjawabnya.
Anak kecil anda boleh mandi di kawasan air terjun yang cetek dan berpasir, manakala yang remaja pula boleh menguji keberanian dengan mandi di air dalam dan berbatu. Biasanya kanak-kanak kampung akan melompat dari jambatan besi ke air. Pengawasan ibu-bapa amat penting bagi keselamatan anak-anak. Pastinya anak-anak anda akan menggigil kesejukan dan amat sesuai bagi menyembuhkan anu yang baru disunat...
Kekuatan: Terletak di persekitaran alam semulajadi yang redup dan mendamaikan. Pepohon hutan dan buah-buahan memenuhi lanskap chalet ini. Aliran air sungai yang jernih dan sejuk menyerlahkan keaslian tempat ini.

Alamat: Kg Sempeneh Cempaka, 34500 Batu Kurau Perak.
Persekitaran: Terletak di pinggir Sungai Kurau Batu Kurau yang sudah terkenal sebagai kawasan perkelahan bagi warga Taiping dan sekitarnya. Deruan sungai jelas kedengaran terutamanya ketika dinihari. Di sini pengunjung akan ditemani dengan suara unggas dan serangga. Semasa musim buah-buahan, jalan kampung ini akan sibuk dengan skrembler dengan bakul durian di belakang. Masa ini kalau nak makan durian Batu Kurau tahan saja dan belilah terus dari pekebun. Tentu pekebun akan mencadangkan durian terbaik dari kebunnya.
Bagi warga kota yang ingin jadi pelarian dari kesibukan kerja dan kebingitan kota datanglah ke sini. Kedatangan anda akan kami aturkan dengan pelbagai acara yang pasti menjadi kenangan untuk dibawa pulang.
Kemudahan:
7 bilik Chalet dengan attach bathroom, 1 katil kelamin dan extra bed. RM60 sebilik
1 Dorm untuk 15 tilam & bantal RM150
1 Dapur kongsi bersama. RM20 untuk 1 keluarga

Boleh memuatkan satu rombongan bas sekolah dan harga boleh dirunding.
Terdapat sebuah kem motivasi rekreasi dengan pelbagai aktiviti cabaran untuk murid sekolah dan IPTA IPTS Tel 012 5145023 Khairul

Bagi tetamu yang kesulitan mendapatkan homestay Taiping, Homestay Kamunting, Homestay Taman Tasik, Homestay Bukit Merah datanglah ke Chalet Seri Cempaka, 3 bilik chalet hanya RM180.

1 comment: