Wednesday, June 17, 2009

Homestay Hutan Paya Bakau Matang

Kepada pemancing dan pecinta alam sekitar khasnya yang ingin menerokai hutan paya bakau seperti melihat kelip-kelip, (Sila lihat post lain dalam blog ini untuk mengetahui aktiviti yang boleh dilakukan di sini) sekarang boleh membawa keluarga untuk tinggal di homestay Pak Man dan Pn. Rahani yang terletak di tebing Sungai Sepetang, Kg Dew Seberang, Kamunting, Taiping, Perak.



Pak Man yang sebelum ini bekerja sebagai PILOT BOT BAKAU, membawa kayu bakau ke kilang kayu arang, sekarang baru berhenti dan mengusahakan warung makan di sebelah rumah bersama isterinya.



Sebelum ini sudah banyak kali beliau membawa pelancong melihat kelip-kelip.



Beliau amat berpengalaman dalam selok-belok hutan paya bakau Matang. Berbagai cerita menarik boleh kita dapati darinya.
Di samping itu, beliau dan isterinya adalah sangat mementingkan kebersihan. Kawasan rumahnya dijadikan taman yang cantik dan amat sesuai untuk bersantai.







Warung makan yang diusahakannya kecil sahaja tetapi mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk setempat dan para pemancing. Jangan ketinggalan mencuba nasi goreng ayam dan ABCnya.




Lokasi Homestay Pak Man
Keluar dari Plaza Tol Kamunting, belok kiri arah ke Utara. Satu kilometer seterusnya sampailah. (Pastikan anda tidak menyeberang sungai melalui jambatan)



Gambar-gambar di dalam rumah akan menyusul kemudian.

5 comments:

  1. assalamualaikum...pak mna...saye hanisofia...saye baru je melihat2 web n gambar homestay pak man...
    saye rasa best sgt nak pegi melawat ke sane...sbb sebenarnye...saye insan lemah yg berhajat nak membina homestay juga di daerah hulu perak...
    saye teringin nak dapat kan khidmat nasihat pak man...insyaallah ade mase saye akan contact pak man...

    yg baru belajar,
    hanisofia 09

    ReplyDelete
  2. salam dan t.kasih....saya kagum tengok kampong tuan,rupanya dah jauh dan berpengalaman tentang homestay dengan produk kampung yang menarik spt kelip kelip,kg saya kg.ibok di kemaman terengganu pon ada juga tapi tak sehebat tempat tuan.....jika ada masa kami akan melawat kg.tuan....dari kami jkkk kg.ibok,kemaman trg. tel:019-9816720

    ReplyDelete
  3. Saya Lin dari Melaka, saya bercadang nak bawa anak2 bercuti... kami keluarga sederhana memerlukan tempat penginapan yang sederhana tapi selesa... bolehkan Pak Man dptkan tempat yang lebih kurang RM120/semalam utk kami sekeluarga menginap...
    Saya bercadang pergi kesana pada 23/12 ini... menginap utk semalam bersama keluarga saya.... kalau ada banyak lagi tempat menarik mungkin saya tambah satu malam lagi... keterangan lanjut mungkin bila saya jumpa Pak Man disana nanti .. saya boleh dihubungi di 013-6593710(Lin)

    ReplyDelete